Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

35) PEMUTIHAN KILANG HARAM DI KUALA LANGAT

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah kilang haram yang beroperasi sebelum tahun 2008 dan telah berjaya diputihkan?

    Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran (PPKTK) di Negeri Selangor telah dilancarkan pada 31 Julai 2006 dan tamat pada 31 Disember 2015. Berdasarkan bancian yang telah dijalankan semasa PPKTK yang dikemaskini pada 26 November 2018, terdapat 2,885 buah kilang telah dibina di atas 2,638 lot tanah pertanian. Sepanjang tempoh PPKTK, hanya 630 buah kilang yang berjaya diputihkan melalui kelulusan tukar syarat, Kebenaran Merancang dan pelan bangunan.

  2. Berapakah jumlah kilang haram yang didirikan mulai 2008 sehingga kini? Kenapakah ianya masih berlaku?

    56 unit.

    Pemilik tanah dan pengusaha kilang tidak mematuhi garis panduan perancangan pembangunan (tanah di luar zon industri, kemampuan pembayaran premium tanah dan nama pemilikan tanah ramai/ada yang sudah meninggal dunia)

  3. Apakah jenis kategori industri yang terlibat dengan kilang-kilang haram tersebut?

    PBT JENIS INDUSTRI BIL KILANG HARAM

     

    MDKL

     

    Tiada Maklumat

    196

Lampiran

Tiada Lampiran.