Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

26) GUGUSAN INDUSTRI AUTOMOTIF

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Perindustrian

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan status terkini pelan pembangunan di gugusan industri automotif dan industri sokongan.

    Pihak Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor yang dipertanggung jawabkan untuk menjadi agensi penyelaras untuk pembangunan gugusan industri automotif dan industri sokongan dalam proses mendokumenkan cadangan – cadangan projek yang berkaitan industri automotif yang dirancang untuk dibangunkan di Negeri Selangor daripada agensi – agensi Kerajaan dan pihak swasta yang terlibat secara lansung dalam pembangunan industri automotif.

     

    Selain itu, pihak Invest Selangor juga turut membantu beberapa syarikat yang terlibat dalam industri automotif untuk membuat pelaburan tambahan atau pengembangan pelaburan sedia ada.

  2. Senaraikan pelaburan yang telah berjaya dalam industri automatif dan industri sokongan.

    Bagi tempoh Januari hingga Mac 2019, pihak MIDA telah meluluskan sebanyak 5 projek perkilangan dalam industri pengeluaran produk kelengkapan pengangkutan di Negeri Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM 84,179,967. Dari jumlah ini, sebanyak RM 61,270,528 daripada pelaburan tempatan dan sebanyak RM 22,909,439 daripada pelaburan asing. Sebanyak 171 potensi peluang pekerjaan telah diwujudkan.

     

    Sumber : MIDA

Lampiran

Tiada Lampiran.