Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

15) KEPERLUAN MENAIKTARAF JALAN PERSEKUTUAN JKR MORIB – SEPANG

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan mempunyai perancangan untuk menaiktaraf Jalan Morib-Sepang yang berada dalam keadaan yang teruk?

    Jalan Morib-Sepang merupakan Jalan Persekutuan FT05. Buat masa ini, tiada keperluan mendesak untuk menaiktaraf jalan ini. Walaubagaimanapun, pihak JKR Selangor akan membuat bancian trafik dan kajian awalan terhadap keperluan menaiktaraf jalan ini sekiranya ada keperluan untuk jalan ini dinaiktaraf, satu kertas cadangan permohonan projek akan disediakan oleh JKR Selangor untuk dimohon ke Cawangan Jalan Ibu Pejabat JKR Malaysia dalam Rancangan Malaysia seterusnya.

  2. Adakah kerja-kerja penyelenggaraan dan baikpulih akan dilakukan terhadap jalan tersebut dalam masa terdekat?

    Telah ada perancangan untuk penyelenggara jalan-jalan persekutuan termasuk FT05 ini iaitu program berkala pavemen dan berkala bukan pavemen yang dianggarkan berjumlah RM 1.7 juta bagi Daerah Sepang dan RM 4.6 juta bagi Daerah Kuala Langat untuk tahun 2019. Ianya akan dipohon setiap tahun mengikut tahap kerosakan jalan.

     

  3. Adakah terdapat perancangan untuk menambah lampu jalan di kawasan merbahaya disepanjang jalan tersebut?

    Buat masa ini, pihak JKR sedang membuat siasatan terhadap lokasi yang merbahaya melalui statistic kemalangan bagi mengangkat kertas permohonan ke Ibu Pejabat JKR Malaysia untuk disemak oleh Unit Forensik Keselamatan jalan dan seterusnya permohonan peruntukan.

Lampiran

Tiada Lampiran.