Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
154) KILANG HARAM
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa banyakkah kilang haram yang telah dikesan oleh Kerajaan Negeri Selangor sejak tahun 2016 hingga 2018?
Jumlah kilang haram bagi tempoh 2016 hingga 2018 adalah seperti berikut:
PBT Bilangan Kilang Haram 2016 2017 2018 MBSA 167 106 89 MBPJ 20 – – MPK 454 497 596 MPS 56 MPAJ – 277 277 MPSJ 252 252 252 MPKJ 202 MDKL – – 31 MDSB – – 22 MPSP Tiada maklumat MDKS Tiada maklumat MDHS Tiada maklumat Namun demikian, bagi kawasan MPSJ sehingga Disember 2018 sejumlah 13 lot tanah yang mengandungi sebanyak 71 unit kilang haram yang termasuk dalam Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran (PPKTK) ini telahpun di tukar syarat kepada Perusahaan.
* Sumber : PBT Negeri Selangor
-
Berapakah jumlah lesen yang telah diberi dan berapa jumlah yang telah diambil tindakan atau didakwa?
Jumlah lesen yang telah dikeluarkan dan tindakan penguatkuasaan yang telah diambil adalah seperti butiran berikut:
PBT Jumlah Kilang Jumlah yang telah diambil Tindakan /Didakwa Berlesen Tidak Berlesen (Haram) MPAJ 47 277 Tindakan : 35 Kompaun di bawah Peruntukan Undang-undang Kecil MPAJ 2007.
1. UUK Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPAJ) 2007
2. UUK Establisymen Makanan (MPAJ) 2007
3. UUK Iklan (MPAJ) 2007
Didakwa : Tiada
MDKL
327 196 Tindakan : Operasi Kilang Haram Tahun 2019 – 19 Ops
Pengeluaran Notis Kesalahan 2019 – 27NK
Didakwa :
4 premis didakwa atas seksyen 70(13C) bawah Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974
MPK
Tahun Jumlah 2016 454 2017 497 2018 596 0
Operasi bersepadu bersama Jabatan Alam Sekitar. Tindakan Notis dan Kompaun dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar. MBPJ 198 20 Tindakan: 10 Notis Penguatkuasaan Didakwa : Tiada
MDSB 22 – Sebanyak 22 buah kilang tersebut telah dilesenkan dan tiada tindakan pendakwaan diambil MPSJ – 252 MPSJ masih lagi di dalam tindakan pemutihan MPKj 389 202 Tiada MPS 3590 56 Tindakan kompaun bagi semua kilang tidak berlesen -
Apakah langkah proaktif Kerajaan untuk membendung kilang haram daripada terus beroperasi?
Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 5/2019 bertarikh 20 Februari 2019 dan disahkan oleh MMKN ke 6/2019 bertarikh 27 Februari 2019 telah bersetuju untuk meneruskan program pematuhan syarat dan penguatkuasaan kilang tanpa kebenaran seperti yang telah dilaksanakan pada tahun sebelum ini. MMKN bersetuju agar satu tempoh masa yang terhad sahaja diberikan kepada kilang yang beroperasi tanpa kebenaran ini untuk membuat tindakan sewajarnya dan selepas tempoh tersebut tindakan penguatkuasaan perlu diambil dengan tegas tanpa kompromi.