Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

149) BIASISWA MENTERI BESAR

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini biasiswa Menteri Besar?

    Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar telah dilaksanakan bermula tahun 2017 setelah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 11 Oktober 2017. Biasiswa ini telah diteruskan pada tahun 2018 dan Kerajaan Negeri berhasrat untuk meneruskan program ini pada tahun 2019 dengan beberapa cadangan penambahbaikan dasar.

  2. Nyatakan jumlah penerima biasiswa dari 2016-2018.

    Jumlah penerima mengikut pecahan tahun adalah seperti berikut:

     

    Tahun Jumlah Penerima
    2016 Tidak berkaitan
    2017 20
    2018 14

     

  3. Nyatakan jumlah permohonan yang ditolak dari 2016-2018.

    Jumlah permohonan yang ditolak adalah seperti jadual di bawah:

     

    Tahun Jumlah Permohonan Ditolak
    2016 Tidak berkaitan
    2017 50
    2018 43

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.