Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

147) GANGGUAN BEKALAN AIR

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah aduan masalah gangguan air di Selangor

    1. Jumlah aduan gangguan bekalan air yang direkodkan di Negeri Selangor pada tahun 2018 adalah sebanyak 111,025 aduan dan 133,353 aduan pada tahun 2017. Statistik aduan telah menunjukkan penurunan sebanyak 17%.

     

    Butiran aduan mengikut pecahan wilayah adalah seperti berikut: –

     

    Bil Wilayah Tahun Peratus Penurunan / Kenaikan
    2017 2018
    1 Petaling 31,851 27,660 -13%
    2 Klang 30,123 25,088 -17%
    3 Gombak 34,300 29,001 -15%
    4 Hulu Langat 22,137 14,435 -35%
    5 Sepang 2,946 3,636 23%
    6 Kuala Selangor 2,419 2,394 -1%
    7 Hulu Selangor 6,788 5,675 -16%
    8 Kuala Langat 1,867 2,243 20%
    9 Sabak Bernam 922 893 -3%
    Jumlah 133,353 111,025 -17%

     

    Nota: Putrajaya adalah di bawah Wilayah Sepang

  2. Senaraikan jumlah peruntukan setakat ini dalam proses memperbaharui paip pecah dan bocor dalam Selango

    Bagi tahun 2016 hingga 2019, Air Selangor telah memperuntukkan sejumlah RM 487.56 juta bagi melaksanakan program penggantian paip. Di samping itu  jumlah yang diperuntukkan bagi pembaikan paip pecah dan paip bocor untuk tahun 2019 di Negeri Selangor adalah seperti berikut:

    i) Paip pecah : RM21,540,000.00

    ii) Paip bocor : RM97,260,000.00

     

Lampiran

Tiada Lampiran.