Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

144) PELABUR MASUK KE SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berikan statistik peluang pekerjaan, jumlah projek dan nilai kemasukan pelabur ke Selangor dari 2015-2018.

    1. Statistik peluang pekerjaan, jumlah projek dan nilai kemasukan pelabur ke Selangor bagi tahun 2015 hingga 2018 seperti jadual berikut;

     

    Tahun Projek Peluang Pekerjaan Pelaburan Tempatan (RM) Pelaburan Asing (RM) Jumlah Modal Pelaburan (RM)
    2015 222 14,139 4,182,475,179 3,781,323,681 7,963,798,860
    2016 242 16,427 4,529,119,807 3,351,647,567 7,880,767,374
    2017 202 10,031 3,427,583,083 2,164,898,536 5,592,481,619
    Jan-Sept. 2018 143 9,196 2,407,814,766 5,839,091,435 8,246,906,201
    Jumlah 809 49,793 14,546,992,835 15,136,961,219 29,683,954,054

    * sumber : MIDA

  2. Nyatakan faktor turun naik jumlah pelaburan yang masuk ke Selangor.

    Antara faktor-faktor yang mempengaruhi turun naik jumlah pelaburan yang masuk ke Selangor adalah seperti;-

    • Keadaan ekonomi global semasa
    • Permintaan pasaran terhadap sesuatu produk keluaran syarikat.
    • Persaingan dengan Negara-Negara Asean yang lain.
    • Polisi pelaburan semasa di Negara-Negara lain seperti Negara China.
    • Impak daripada trade war antara Amerika syarikat dan China.
    • Pengwujudan ekosistem sesebuah sektor industri yang berkaitan.
  3. Senaraikan 5 negara tertinggi nilai pelaburannya di Selangor

    1. 5 Negara tertinggi nilai pelaburan di Negeri Selangor seperti berikut;-

     

    Bil. Negara Projek Peluang Pekerjaan Pelaburan Asing (RM)
    1.         Japan 60 6,368 2,801,127,272
    2.         British Virgin Islands 5 1,639 2,760,296,062
    3.         Singapore 62 4,280 1,958,224,075
    4.         Korea, Rep. 18 1,406 1,154,312,728
    5.         Hong Kong 11 543 1,136,044,493

    * sumber : MIDA

Lampiran

Tiada Lampiran.