Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

131) KEBAJIKAN DAN INFRASTRUKTUR KAWASAN ORANG ASLI

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kawasan kami mempunyai kampung Orang Asli di mana mereka sangat memerlukan kemudahan asas yang lebih baik serta naiktaraf perumahan mereka kepada yang lebih selesa. Jadi adakah Kerajaan dapat melihat dan memberi sedikit peruntukan melalui JAKOA atau DUN untuk menyelesaikan masalah tersebut?

    Kerajaan Negeri mengambil berat tentang perihal Orang Asli dan telah menyediakan peruntukan berjumlah RM100,000.00 di bawah Vot P01-04002 Pembangunan Orang Asli yang turut merangkumi skop kerja menaiktaraf kemudahan asas dan perumahan Orang Asli.

    Selain itu, Ahli Dewan Negeri turut disediakan peruntukan Perkhidmatan Masyarakat dan terdapat skop projek-projek kecil di bawah peruntukan tersebut yang boleh digunapakai untuk pembangunan infrastruktur di perkampungan Orang Asli kawasan Dewan Negeri berkenaan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.