Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
116) KEBAJIKAN OKU
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menyediakan satu bantuan bulanan kepada pusat-pusat penjagaan OKU (pusat pemulihan komuniti)?
Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) merupakan salah satu program yang melibatkan pembabitan secara aktif ibu bapa/ penjaga dan ahli keluarga orang kurang upaya (OKU) serta komuniti setempat untuk menjalankan aktiviti pemulihan dan mengintegrasikan OKU dalam masyarakat.
Sebanyak 55 buah Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) dalam Negeri Selangor menerima Bantuan Kewangan Kerajaan Persekutuan yang merangkumi bayaran:
- elaun pelatih PDK;
- elaun saguhati Penyelia dan Petugas;
- KWSP dan PERKESO Penyelia dan Petugas;
- sewa premis;
- utiliti; dan
- peruntukan aktiviti di PDK.
Pihak Kerajaan Negeri sentiasa menyokong program PDK kerana ianya memberi manfaat kepada 2,318 OKU di Negeri Selangor. Pada tahun 2019, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM550,000.00 kepada PPDK di Negeri Selangor bagi memastikan program ini terus berdaya maju.