Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

115) PERANCANGAN BANDAR MERU

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk membaik pulih sistem pembangunan Pekan Meru dan kawasan sekitarnya yang kini caca merba dan tidak dirancang dengan baik?

    1. Majlis Perbandaran Klang telah menyediakan rancangan jangka panjang bagi membaik pulih sistem pembangunan di Pekan Meru, iaitu Rancangan Tempatan MPK 2035 (penggantian) di mana proses untuk penglibatan Publisiti Awam akan diadakan bermula pada 19/03/2019-18/04/2019.

     

    Merujuk Rancangan Tempatan Klang, Pekan Meru terletak didalam Blok Perancangan 1.7 (Pekan Meru) dan cadangan pembangunan yang dirancang adalah seperti berikut :-

     

    • Perumahan
    • Perniagaan dan Perkhidmatan
    • Institusi dan Kemudahan Rakyat
    • Tanah Lapang dan Rekreasi mengikut kelas
    • Pengangkutan (menggalakkan Pembangunan Berorientasikan
      Transit-transit Oriented Development/ TOD)
    • Kemudahan infrastruktur dan Utiliti.

    Majlis Perbandaran Klang telah menyediakan Pelan Induk penyelarasan jajaran rizab jalan & rizab parit untuk diselaraskan bagi kawasan perumahan dan perindustrian. Antara contoh pelan induk yang disediakan adalah seperti berikut:-

    • Pelan Induk Jalan Iskandar, Bukit Kapar
    • Pelan Induk Jalan Pasar Malam, Meru
    • Pelan Induk Bukit Kapar
    • Pelan Induk Meru Tambahan
  2. Adakah pihak Kerajaan Negeri berhasrat untuk membekukan buat sementara waktu permohonan projek-projek pembangunan sehingga isu banjir dan infra yang berkaitan diselesaikan terlebih dahulu di Meru?

    Pembekuan projek pembangunan sementara buat masa ini belum dikuatkuasakan di MPK dalam menangani isu banjir di Daerah Klang. Walau bagaimanapun, pihak Jabatan Kejuruteraan MPK dan JPS Klang telah mempunyai pelan mitigasi kawalan banjir dengan menyediakan tapak kolam tadahan baru dan menaiktaraf sistem peparitan sediada. Pembekuan projek akan memberi impak penjanaan ekonomi dan keperluan penyediaan perumahan yang semakin meningkat.

Lampiran

Tiada Lampiran.