Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

109) MASALAH INFRASTRUKTUR

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah hasil dapatan daripada kajian yang dibuat terhadap tahap keselamatan struktur jejambat di Persiaran KWSP Sungai Tangkas?

    Seperti di Lampiran B.

    LAMPIRAN B

     

     

    Kerja-kerja kajian ke atas tiang-tiang pada struktur jejambat di Persiaran KWSP telah dilanjutkan tempoh sehingga 4 April 2019 memandangkan pihak kontraktor masih belum mendapat permit kerja daripada pihak KTMB bagi ujian konkrit ke atas tiang yang terletak dalam rezab KTMB.

     

    TARIKH TINDAKAN
    21/2/18 Terima aduan daripada pemaju I&P Sdn. Bhd. Berhubung keretakan pada tiang-tiang dibawah jejambat di Persiaran KWSP.
    22/2/2018 Pemeriksaan tapak mendapati terdapat 21 unit tiang mengalami kerosakan serius dan 14 mengalami hakisan di dalam.
    28/2/2018 Mesyuarat khas antara pemaju dan perunding yang terlibat membina dan menggunakan jejambat tersebut. Berdasarkan keputusan mesyuarat tersebut, hanya kenderaan ringan sahaja dibenarkan menggunakan laluan tersebut dan jalan alternative perlu dikenalpasti untuk kenderaan berat.
    5/3/2018 Pihak MPKj mengeluarkan Notis Arahan kepada semua pemaju yang sedang menjalankan kerja-kerja pembangunan sekitar kawasan berhampiran yang menggunakan laluan tersebut sebagai laluan utama agar tidak menggunakan sementara jejambat tersebut dan mencari alternative lain.
    15/3/2018 Pihak MPKj memasang notis pemberitahuan (banner) di laluan keluar masuk untuk menghadkan penggunaan jalan tersebut kepada kenderaan berat.
    21/3/2018 Pihak MPKj melantik kontraktor bagi membekal dan memasang penghadang untuk menghalang kenderaan berat daripada melalui jejambat sehingga kerja-kerja pembaikan.
    27/3/2018 Pihak MPKj melantik perunding Geo Consult bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan. Pihak perunding mencadangkan agar melantik kontraktor bagi menjalankan ujian konkrit ke atas tiang-tiang di bawah jejambat tersebut bagi mengenalpasti punca kerosakan.
    9/4/2018 Mesyuarat bersama pemaju-pemaju dan penduduk yang terlibat bagi isu jalan alternatif.
    27/5/2018 Mesyuarat kedua bersama pemaju-pemaju dan penduduk bagi isu jalan alternatif.
    28/5/2018 Pihak MPKj mengeluarkan Notis Makluman had masa penggunaan kenderaan berat kepada pemaju-pemaju yang terlibat.
  2. Sekiranya perlu dan boleh dibaiki, bilakah ianya akan dilaksanakan?

    Kerja-kerja pembaikan hanya dapat dilaksanakan setelah laporan ujian tersebut lengkap diterima dan laporan cadangan pembaikan berserta kos siap dikemukakan bergantung kepada sumber kewangan kelak.

Lampiran

Tiada Lampiran.