Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
66) STATUS PENYATUAN TANAH
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status penyatuan tanah PN 8623 Lot 49365 Mukim Petaling dan PM 130 Lot 37563 Mukim Damansara?
MMKN bil. 20/2018 bertarikh 11 Julai 2018 telah meluluskan permohonan penyatuan tanah melalui kaedah penyerahan secara keseluruhan di bawah Seksyen 197 Kanun Tanah Negara dan pelupusan secara pemberimilikan di bawah Seksyen 76 Kanun Tanah.
-
Apakah yang langkah seterusnya yang perlu dilakukan oleh pemaju untuk memberikan hakmilik strata kepada penduduk pangsapuri kos rendah atas tanah-tanah tersebut?
Surat kelulusan dan Borang 5A telah dikeluarkan pada 5 Mac 2019. Tetuan Sunway Pyramid Development Sdn. Bhd. perlu menjelaskan bayaran premium yang dikenakan. Setelah hakmilik didaftarkan, pemohon perlu mengemukakan permohonan pengeluaran Hakmilik Strata kepada Pengarah Tanah dan Galian Selangor.