Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

46) GOLONGAN PEKERJA-PEKERJA

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa jumlah kesatuan sekerja serta jumlah ahli yang berdaftar di Negeri Selangor?

    Merujuk kepada rekod kesatuan sekerja yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia(JPPM), sehingga Disember 2018 terdapat sebanyak 291 kesatuan sekerja berdaftar di Negeri Selangor dengan keahlian seramai 658,110 orang.

    Daripada pecahan bilangan kesatuan ini, 54 buah kesatuan adalah daripada sektor awam, 32 buah kesatuan sektor badan berkanun dan 205 buah kesatuan adalah daripada sektor swasta.

     

  2. Mohon senaraikan kes-kes berkaitan isu pekerja-pekerja Selangor yang masih berjalan di peringkat JPP (Jabatan Perhubungan Perusahaan) dan di Mahkamah Perusahaan.

    Berdasarkan rekod Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP), senarai kes-kes berkaitan isu pekerja – pekerja di Negeri Selangor yang dikendalikan dan masih dalam kendalian sehingga 28 Februari 2019 seperti berikut:-

    Representasi Pemulihan Kerja

    Tahun Jumlah Kes Kendali Selesai Dalam Tindakan Catatan
    2018 1,578 1,488 90 Kes-kes dalam tindakan dalam proses penyediaan

    laporan untuk rujukan YB Menteri.

    2019

    (1 /1/2019-28/2/2019

    288 39 249 Masih dalam proses runding damai
    1. Pertikaian Perusahaan

     

    Seksyen Jumlah Kes Kendali Selesai Dalam Tindakan Catatan
    SEK. 18 2018 = 22 2018 = 8 2018 = 14 Penyediaan

    laporan dan runding damai.

     

    2019=13 2019 = 2 2019 = 11
    SEK. 13 2018 = 12 2018 = 6 2018 = 6 Penyediaan

    laporan dan runding damai.

     

    2019 = 4 2019 = 0 2019 = 4
    SEK.8 2018 = 1 2018 = 0 2018 = 1 Penyediaan

    laporan dan runding damai.

     

    2019 = 1 2019 = 0 2019 = 1
    SEK. 9(1A) 2018 = 6 2018 = 2 2018 = 4 Penyediaan

    laporan dan runding damai.

     

    2019 = 2 2019 = 0 2019 = 2
    SEK. 9 2018 = 0 2018 = 0 2018 = 0 Runding damai
    2019 = 4 2019 = 2 2019 = 2

     

    • Kes Dalam Tindakan 2018: 25 Kes
    • Kes Dalam Tindakan 2019: 27 Kes

    * Senarai kes-kes seperti dilampiran.

  3. Berapakah jumlah syarikat syarikat berdaftar di Negeri Selangor yang belum dan yang telah mempraktikkan kadar gaji RM1100?

    Jumlah majikan berdaftar dalam rekod Jabatan Tenaga Kerja Selangor sebanyak 141,574 buah majikan. Mulai 1 Januari 2019, Perintah Gaji Minimum (Pindaan) 2018 telah berkuat kuasa yang mengkehendaki majikan membayar gaji minimum RM1,100.00 sebulan kepada semua pekerjanya. Melalui pemeriksaan berkanun terhadap majikan, pematuhan gaji minimum yang dilaksanakan setakat bulan Februari 2019 mendapati kesemua majikan yang diperiksa mematuhi perintah tersebut.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.