Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
44) SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah penerima manfaat daripada Program SMUE mulai Jun 2018 sehingga Februari 2019?
Jumlah penerima bayaran manfaat Skim Mesra Usia Emas (SMUE) mulai Jun 2018 sehingga Februari 2019 adalah sperti berikut.
Penerima Manfaat SMUE Jun 2018 sehingga Februari 2019. Fasa Bayaran Jumlah Penerima Penerima Fasa I 6,739 Penerima Fasa I & II 7,250 -
Nyatakan statistik penerima mengikut DUN.
Sepanjang tempoh di antara bulan Jun 2018 sehingga Februari 2019, semua pembayaran manfaat kematian SMUE telah dibayar oleh Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) dan tidak ada sebarang pembayaran yang dibuat oleh Pejabat DUN. Oleh itu pihak kami tidak dapat menyediakan statistik penerima mengikut DUN pembayar.
Statistik Bayaran fasa I dan II SMUE Jun 2018 sehingga Februari 2019 mengikut Daerah Daerah Bayaran Fasa I Bayaran Fasa II Gombak 1140 1324 Hulu Langat 1180 1246 Hulu Selangor 348 365 Klang 836 1285 Kuala Langat 504 574 Kuala Selangor 339 333 Petaling 1796 1518 Sabak Bernam 444 445 Sepang 152 160 JUMLAH 6,739 7,250