Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

40) STATUS PENUBUHAN JMB DI PANGSAPURI PKNS DI DALAM KAWASAN MBSA

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini penubuhan Jawatankuasa Mengurus Bangunan (JMB) di pangsapuri-pangsapuri yang dibangunkan oleh PKNS di dalam kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)?

    Berdasarkan rekod bahagian ini, berikut merupakan status terkini penubuhan Badan Pengurusan Bersama (JMB)/Perbadanan Pengurusan (MC) bagi pangsapuri-pangsapuri yang dibangunkan oleh PKNS mengikut kategori di bawah kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA):

     

    KATEGORI JUMLAH  KAWASAN PEMAJUAN JMB MC BELUM TUBUH (BAWAH PKNS)
    KOS TINGGI 10 7 3
    KOS SEDERHANA
    KOS SEDERHANA RENDAH 46 20 25 1
    KOS RENDAH  66 19 4 43
    JUMLAH KESELURUHAN 122 46 29 47
  2. Merujuk kepada soalan (a), berapakah jumlah JMB yang telah berjaya ditubuhkan dan sejauh manakah tahap keaktifan JMB ini?

    Berdasarkan kepada jadual di atas daripada jumlah keseluruhan 122 kawasan pemajuan sebanyak 75 kawasan pemajuan telah berjaya menubuhkan jawatankuasa badan pengurusan. Bahagian ini berpandangan bahawa suatu badan pengurusan yang aktif hendaklah:

    • Mengurus, mentadbir dan menyenggara kawasan harta bersama pangsapuri dengan baik
    • Membuat kutipan caj penyenggaraan
    • Mengadakan mesyuarat agung tahunan sekali setahun
    • Sentiasa berhubung dengan COB dan memohon nasihat berkaitan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757)
    • Menfailkan dengan COB laporan kewangan beraudit dan lain-lain dokumen yang berkaitan berdasarkan Akta 757

     

  3. Apakah perancangan PKNS untuk membantu pengurusan JMB pangsapuri khususnya berkaitan penyelenggaraan infrastruktur dan kemudahan seperti perparitan, pembentungan dan lain-lain?

    PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)

    PKNS telahpun melaksanakan pengurusan pembangunan berstrata berdasarkan pengurusan Akta Badan Pengurusan Bersama (663) dan diteruskan dengan Akta Pengurusan Strata (757). Di antara perancangan PKNS untuk membantu pengurusan JMB adalah dengan menyediakan khidmat nasihat kepada penduduk pangsapuri di bawah pembangunan PKNS walaupun setelah JMB ditubuhkan.

    PKNS turut membantu JMB dengan mewujudkan modal permulaan bagi pangsapuri lama yang melebihi 20 tahun pembangunan untuk tujuan pembaikan infrastruktur dan pengurusan pangsapuri  seperti insurans bangunan, pejabat, peralatan dan baikpulih kawasan gunasama. PKNS juga turut membantu memantau perjalanan JMB bagi memastikan JMB mematuhi peraturan pengurusan strata.

    Selain itu, Kerajaan Negeri juga menyediakan Skim Ceria bagi pangsapuri untuk pembaikan infrastruktur seperti lif, bumbung, tangki dan lain-lain kerja naik taraf bangunan yang dikelolakan oleh LPHS.

    Penyelenggaraan infrastruktur seperti sistem perparitan, sistem pembetungan dan lain-lain berkaitan yang berada di dalam persempadanan MC adalah dibawah seliaan PKNS selagi belum diserah kepada JMB/Perbadanan Pengurusan atau COB PBT jika penubuhan  JMB/PP gagal.  Manakala kerja-kerja naiktaraf infrastruktur utama seperti sistem perparitan, sistem pembentungan dan lain yang melibatkan agensi utiliti, adalah tertakluk dalam bidang kuasa agensi tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.