Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

33) GLC SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan lokasi tanah-tanah dan perancangan pembangunan tanah yang dimiliki oleh PKNS dan MBI di kawasan DUN Rawang.

    Lokasi dan perancangan pembangunan tanah yang dimiliki oleh MBI di kawasan DUN Rawang adalah seperti berikut :

     

    BIL. LOKASI PERANCANGAN PEMBANGUNAN TANAH
    1.      Plot C, Rawang Perumahan
  2. Nyatakan perbezaan peranan antara MBI dengan PKNS.

    MBI Selangor ditubuhkan di bawah Enakmen Menteri Besar Selangor (Enakmen No.3 tahun 1994)(“Enakmen”) pada 21 September 1994. Enakmen itu memperuntukkan bahawa sesiapa yang sedang memegang jawatan atau melaksanakan fungsi Menteri Besar dan penggantinya adalah sebuah badan korporat di bawah nama “Menteri Besar Selangor”.

    MBI ditubuhkan untuk mentadbir aset dan pelaburan Kerajaan Negeri dan mewakili Negeri selangor dalam aktiviti ekonomi dan perniagaan yang di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri. Ia memainkan peranan untuk mempromosikan dan menyokong usaha pembangunan Kerajaan Negeri serta melaksanakan tanggungjawab sosial kepada rakyat. Pada asasnya, MBI Selangor adalah badan berkanun yang ditubuhkan untuk memacu kegiatan ekonomi dan sosial di Negeri Selangor bagi pihak Kerajaan Negeri.

  3. Nyatakan prestasi kewangan MBI dan PKNS.

    Prestasi kewangan MBI adalah seperti berikut:-       

    Nama Syarikat Keuntungan Selepas Zakat Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2018 (RM)
    Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (“MBI”) 19,021,285

     

    PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR

    PKNS mempunyai dua (2) bidang tanah di Kundang seluas 56.38 ekar (No.Lot 14358) dan 24.513 ekar (No. PT 3937) di kawasan Tasik Puteri, Bandar Kundang Daerah Gombak untuk tujuan bangunan kediaman dan perniagaan. PKNS telah ditubuhkan pada 1 Ogos 1964 di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor 1964 sebagai sebuah badan berkanun dan agensi pembangunan peringkat negeri penubuhan PKNS ialah seperti berikut:

    Menggalak, memaju dan membangunkan pusat pertumbuhan baru, kawasan kediaman, zon perindustrian, perdagangan dan menjalankan aktiviti-aktiviti seumpamanya serta aktiviti lain yang dibenarkan

    • Melaksanakan semua dasar kerajaan yang melibatkan pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyakarat
    • Meneroka dan menyertai bidang-bidang pelaburan dan perdagangan untuk mewujudkan penyertaan ekuiti dan pengurusan Bumiputera yang berkesan dalam perindustrian dan perdagangan
    • Menyediakan landasan kearah mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) selaras dengan dasar Pembangunan Negara
    • Menjalankan sebahagian atau keseluruhan tugas atau kuasa-kuasa tempatan di kawasan-kawasan yang dibenarkan.

    Prestasi Kewangan PKNS (Belum Beraudit) bagi tahun 2018 adalah seperti berikut :

    PERKARA JUMLAH (RM)
    Pendapatan (Belum Beraudit) 627.4 juta
    Keuntungan Sebelum Cukai dan Zakat (Belum Beraudit) 117.6 juta
    Aset (Belum Beraudit) 6,854.0 juta
    Keuntungan Terkumpul (Belum Beraudit) 5,005.3 juta

Lampiran

Tiada Lampiran.