Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

32) PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR (PKPS)

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan tanah-tanah yang dimiliki oleh PKPS di kawasan DUN Rawang.

    Senarai tanah-tanah yang dimiliki oleh PKPS di kawasan DUN Rawang dan kegunaannya adalah seperti berikut :-

     

    Bil Mukim Keluasan (Hektar) Syarat Nyata Kegunaan Semasa
    1 Rawang 12.14 Ternakan Ikan Projek Ternakan Ikan Air Tawar
    2 Rawang 7.29 Ternakan Ikan Projek Ternakan Ikan Air Tawar
    3 Rawang 3.49 Ternakan Ikan Cadangan Rumah Ayam PKPS
    Jumlah 22.92
  2. Apakah perancangan atas tanah-tanah tersebut untuk membantu pengusaha pertanian?

    Tanah-tanah yang dimiliki oleh PKPS di DUN Rawang telah dilaksanakan dengan projek Ternakan Ikan Air Tawar dan akan dilaksanakan dengan Rumah Ayam PKPS.

  3. Apakah perancangan dan pembangunan atas Fruit Valley Selangor?

    Perancangan dan pembangunan ke atas Selangor Fruit Valley (SFV) mulai tahun 2019 hingga 2020 adalah seperti berikut :-

    • Mengadakan high-tech farming oleh UPEN, PKPS dan usahawan lain menggunakan kaedah hydroponics dan fertigation.
    • Mengadakan usahasama perternakan udang lobster air tawar.
    • Menyediakan tempat penginapan seperti chalet, kawasan perkhemahan dan lain-lain.
    • Kerjasama dengan Jabatan Pertanian, MARDI dan MOA dari Taiwan untuk meningkat hasil pertanian bermutu tinggi dan menjadikan SFV sebagai model farm di Selangor.
    • SFV sedang membina semula bangunan tambahan di laman VVIP untuk dijadikan pusat menimba ilmu melalui seminar dan mini-conference dengan berkonsepkan landskap moden serta tanaman pokok buah-buahan oleh pelawat VVIP.
    • SFV berdaya menjadi tempat pengeluar madu lebah asli dan kelulut antara yang terbesar di Selangor.
    • Persiapan untuk meningkatkan Agro Tourism bertaraf antarabangsa dalam tahun 2020.

Lampiran

Tiada Lampiran.