Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
30) PUSAT PENYEMBELIH AYAM
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah pendirian Kerajaan Negeri atas pembinaan Pusat Penyembelih Ayam DBKL di kawasan sempadan Selangor yang tidak mempunyai jarak zon penampan sejauh 500m?
Kerajaan Negeri melalui pihak Berkuasa Tempatan tidak menghalang sebarang bentuk pembangunan yang ingin dilaksanakan. Di dalam isu cadangan pembinaan Pusat Penyembelihan Ayam DBKL di kawasan sempadan Selangor, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) berpandangan bahawa cadangan tersebut tidak sesuai dilaksanakan kerana pusat penyembelihan ayam yang dicadangkan ini tergolong di dalam kategori industri berat, dimana zon penampan 300 meter adalah diperlukan bagi mengelakkan berlakunya pencemaran bau, bunyi dan lain-lain . Dalam masa yang sama kawasan perumahan terdekat adalah di dalam lingkungan 200 meter dan ini boleh memberi kesan kepada penduduk setempat sekiranya pembinaan pusat penyembelihan ayam dibenarkan.
Selain itu, pihak MPS juga telah membuat beberapa perbincangan yang melibatkan Ahli Majlis Kawasan dan mendapati Pusat Penyembelihan ini sememangnya tidak sesuai dibina dikawasan tersebut memandangkan jarak zon penampan yang tidak sesuai, kesesakan trafik yang teruk terutama melibatkan kawasan sempadan MPS di samping isu-isu yang dibangkitkan seperti di atas.
Oleh yang demikian, Mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur, MPS bilangan 4/2018 bertarikh 7 September 2018, telah mencadangkan agar satu kajian jangka masa panjang perlu dibuat terhadap cadangan Pusat Penyembelihan Ayam ini.
-
Adakah pembinaan Pusat Penyembelih Ayam di kawasan DBKL tersebut memerlukan ulasan daripada Kerajaan Negeri disebabkan isu kegunaan jalan negeri dan ancaman keselamatan penduduk Selangor?
Sama seperti di SUB(a)