Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
12) GOLONGAN PETANI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah bentuk program dan bantuan untuk membantu para petani Selangor meningkatkan pendapatan mereka?
Jabatan Pertanian menyediakan pelbagai bentuk program mengikut jenis tanaman dan teknologi yang sesuai kepada petani. Petani boleh mendapat bantuan bagi tanaman padi, sayur, buah, kelapa, herba, cendawan, bunga, ternakan lebah dan industri asas tani. Program-program ini menyediakan bantuan dalam bentuk subsidi input pertanian seperti baja dan peralatan pertanian. Di samping itu juga, Jabatan Pertanian menyediakan kursus dan latihan kepada petani bagi meningkatkan kemahiran dan mengembangkan teknologi bagi tujuan meningkatkan hasil dan pendapatan.
-
Apakah ada teknologi terkini yang dihasilkan oleh Kerajaan Negeri atau anak syarikatnya untuk meningkatkan hasil produk golongan petani?
Pelbagai teknologi terkini yang telah diperkenalkan. Antaranya:
- Teknologi tanaman secara fertigasi dan outopot
- Teknologi plant factory
- Teknologi vertical farming
- Pertanian lestari secara natural farming
Penggunaan teknologi drone dalam pertanian