Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
272) RANCANGAN PROJEK PENGUKUHAN DAN PENAIKTARAFAN DI SUNGAI KAYU ARA
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
JPS Selangor telah membuat kajian Projek Pengukuhan Tebing Sungai Kayu Ara serta isu-isu banjir disitu. Kajian membuktikan pentingnya projek-projek penaiktarafan tersebut dilaksanakan bagi mengelak isu banjir dan hakisan tanah. Apakah terdapat rancangan JPS Selangor bagi melaksanakan cadangan-cadangan tersebut tahun ini?
Cadangan kerja-kerja Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kayu Ara di Taman Mayang dan Kg Chempaka masih di bawah pertimbangan kelulusan JPS Malaysia. Sekiranya diluluskan, proses rekabentuk terperinci akan dijalankan dan jangkaan bagi pelaksanaan fizikal adalah pada tahun 2020. Bagi tindakan jangka masa pendek, kerja-kerja penyelenggaraan akan dilaksanakan pada pertengahan tahun 2019.