Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

263) LEMBAGA PELAWAT HOSPITAL DAN PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN DI SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai maklumat mengenai status terkini termasuk jumlah peruntukan Lembaga Pelawat Hospital di Selangor? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.

    Pihak Kementerian Kesihatan telah meluluskan perlantikan Ahli Lembaga Pelawat Hospital bagi semua 12 hospital di Selangor bagi tempoh 01 Januari 2019 hingga 31 Disember 2020. Jumlah Ahli Lembaga Pelawat Hospital yang telah diluluskan oleh Menteri Kesihatan adalah sebanyak 15 orang bagi setiap hospital kecuali Hospital Ampang 13 orang, Hospital Serdang 13 orang dan Hospital Orang Asli Gombak 11 orang. Mengenai jumlah peruntukan bagi Ahli Lembaga Pelawat Hospital adalah sebanyak RM 10,000.00 bagi setiap Hospital dalam setahun. Peruntukan ini akan dimasukkan ke dalam akaun bank Ahli Lembaga Pelawat Hospital secara terus oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

  2. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai maklumat mengenai status terkini Panel Penasihat Klinik Kesihatan di Selangor? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.

    Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah menghantar nama – nama calon Panel Penasihat Klinik Kesihatan Negeri Selangor ke Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mendapatkan persetujuan, perakuan dan kelulusan perlantikan Panel Penasihat Klinik Kesihatan. Setakat ini persetujuan, perakuan dan kelulusan sedang dalam tindakan akhir bagi memastikan senarai yang terkini dan lengkap dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan

    Mengenai jumlah peruntukan bagi Panel Penasihat Klinik Kesihatan adalah sebanyak RM 5,000.00 bagi setiap klinik kesihatan dalam setahun. Peruntukan ini akan dimasukkan ke dalam akaun bank Panel Penasihat Klinik Kesihatan secara terus oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Lampiran

Tiada Lampiran.