Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

262) KEPERLUAN MENAIKTARAF KLINIK-KLINIK DESA DI SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah yang akan dan sudah di ambil oleh kerajaan dalam menaiktaraf kemudahan dan struktur klinik-klinik desa di Negeri Selangor?

    Klinik Desa pada asasnya hanya memberi perkhidmatan kesihatan ibu dan anak sahaja. Langkah yang telah diambil untuk menaiktaraf kemudahan dan struktur klinik – klinik desa di Negeri Selangor ialah:

    • Menambah skop perkhidmatan yang sedia ada di klinik desa tersebut dengan perkhidmatan pesakit luar, perkhidmatan rawatan kecemasan untuk kes akut, perkhidmatan farmasi dan makmal;
    • Mengubahsuai fasiliti klinik desa supaya semua skop perkhidmatan yang ditambah terdapat ruang yang sesuai dan menambah ruang menunggu mengikut beban kedatangan pesakit di klinik tersebut;
    • Menyediakan peralatan yang sesuai dengan perkhidmatan yang disediakan; dan
    • Menugaskan pegawai perubatan tetap setiap hari di klinik naik taraf tersebut.

    Di Negeri Selangor, sebanyak 15 buah Klinik Desa (KD) telah dinaiktaraf kepada Klinik Kesihatan (KK) sejak 2011 sehingga kini. Pada tahun 2019 ini satu (1) buah Klinik Desa, Klinik Desa Rinching Tengah, Semenyih, Hulu Langat akan dinaiktaraf ke Klinik Kesihatan. Senarai Klinik Desa yang telah dinaiktaraf ke Klinik Kesihatan adalah seperti Jadual 1.

    Jadual 1: Senarai Klinik Desa Yang Telah Dinaiktaraf Di Negeri Selangor

    Bil Daerah KD naiktaraf KK
    1. Sepang 1. KD Sepang ke KK Sepang
    2. Kuala Selangor 1.      KD Sg Tengi Kanan ke KK Sg Tengi Kanan

    2.      KD Bukit Cherakah ke KK Bukit Cherakah

    3. Sabak Bernam 1.  KD    Merbau    Berdarah    ke    KK   Merbau Berdarah
    4. Petaling 1.      KD Bt 131/2,    Puchong ke KK Bt 13 ½, Puchong

    2.      KD Paya Jaras ke KK Paya Jaras

    5. Klang 1.      KD Bukit Naga ke KK Bukit Naga

    2.      KD Rantau Panjang ke KK Rantau Panjang

    3.      KD Sg Bertek ke KK Sg Bertek (Gantian disebabkan pembinaan jambatan ke 3 Klang)

    4.

    6. Gombak 1.      KD Bt8 Gombak ke KK Bt 8 Gombak

    2.      KD Hulu Kelang ke KK Hulu Kelang

    7. Hulu Langat 1.      KD Balakong ke KK Balakong

    2.      KD Sg Sekamat ke KK Sg Sekamat

    8. Kuala Langat 1.      KD Sg Lang ke KK Sg Lang

    2.      KD Kebun Baru ke KK Kebun Baru

  2. Apakah usaha kerajaan dalam menangani isu kepadatan pesakit di klinik-klinik desa terutama di sekitar Dun Sungai Kandis?

    Permintaan perkhidmatan kesihatan di Negeri Selangor amatlah tinggi di mana-mana fasiliti kesihatan di negeri ini samada di klinik desa atau di klinik kesihatan. Langkah-langkah penambahbaikan yang telah dilaksanakan mengikut keperluan di fasiliti kesihatah tersebut. Antara usaha-usaha telah dilaksanakan bagi menangani isu kepadatan pesakit di klinik desa, adalah dengan;

    • membesarkan /memperluaskan bangunan klinik desa sedia ada dengan memohon dalam projek pembangunan BP006 setiap tahun;
    • memperbaiki sistem temujanji di klinik tersebut;
    • menambahkan bilangan anggota yang bertugas di klinik – klinik desa yang padat dan mempunyai kedatangan pesakit yang tinggi dari masa ke semasa; dan
    • merujuk penduduk / pesakit di kawasan Sungai Kandis mendapatkan perkhidmatan kesihatan di klinik kesihatan yang berdekatan seperti:
    • Klinik Kesihatan Seksyen 19, Shah Alam;
    • Klinik Kesihatan Bandar Botanik, Klang;
    • Klinik Kesihatan Bukit Naga, Klang; dan
    • Klinik Kesihatan Bukit Kuda,

     

Lampiran

Tiada Lampiran.