Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

261) ISU KESIHATAN DAN KESELAMATAN DI KAWASAN TANAH TERBIAR

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sekiranya terdapat kawasan-kawasan tanah terbiar yang menyumbang kepada isu kesihatan seperti pembiakkan nyamuk ataupun haiwan liar seperti ular, apakah tindakan yang boleh diambil oleh Kerajaan Negeri dengan kadar segera? (termasuk tanah persendirian dan kerajaan).

    Pihak Berkuasa Tempatan sentiasa menjalankan aktiviti kawalan pembersihan lot tanah dan rumah kosong / terbiar berdasarkan daripada pemantauan di tapak dan aduan yang diterima. Prosedur tindakan ke atas lot tanah dan rumah kosong / terbiar yang dijalankan adalah seperti berikut:

    1. Mengenal pasti pemilik terkini lot tanah dan rumah kosong / terbiar tersebut melalui carian di Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta, Jabatan Perancang, Pejabat Tanah Daerah atau Pejabat Tanah & Galian Negeri Selangor.

     

    1. Mengeluarkan Notis Menghapuskan Kacau Ganggu di bawah Seksyen 82, Akta Kerajaan Tempatan 1976 kepada pemilik. Pemilik diberi tempoh bagi membersihkan dan mengikuti arahan yang telah di nyatakan di dalam notis.
    2. Mengenakan kompuan sekiranya pemilik premis tidak menjalankan apa- apa tindakan selepas tamat tempoh

     

    1. Menjalankan pembersihan di lokasi tersebut dan bayaran perkhidmatan pembersihan akan dikenakan melalui bil

Lampiran

Tiada Lampiran.