Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
258) LALUAN ALTERNATIF BARU KE PULAU INDAH
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan laluan alternatif ke pulau indah ekoran kesesakan pada waktu puncak dan juga apabila berlaku kemalangan?
Pihak Jabatan Kerja Raya Malaysia telah merancang dan melaksanakan penambahbaikan infrastruktur di sekitar Jalan Pulau Indah. Dalam sepanjang pelaksanaan RMK-11 pihak JKR Malaysia telah melaksanakan 2 Projek Menaiktaraf Jalan Pulau Indah Fasa 1 dengan skop menaiktaraf jalan sepanjang 5km dan pembinaan jalan bertingkat yang telah siap pada 28 Februari 2018. Manakala satu lagi projek menaiktaraf Jalan Pulau Indah Fasa 2 dengan skop menaiktaraf jalan sepanjang 10km di peringkat pembinaan yang dijangka siap pada 12 April 2021.
Pihak JKR Ibu Malaysia juga telah menyediakan satu lagi kertas cadangan projek bagi jajaran baru Pulau Indah Fasa 3 dengan skop pembinaan jalan baru sepanjang 9.0 km untuk yang melengkapkan jajaran Lingkaran Pulau Indah. Projek ini telah diangkat kepada Kementerian Kerja Raya pada 28 Februari 2019 untuk dilaksanakan di dalam RO4-2020 (Rolling Pelan ke-4 – 2020).