Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
247) TANAH MILIKAN YAYASAN SELANGOR DI ULU BERNAM
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Status terkini tanah milikan Yayasan Selangor seluas 217 ekar yang pernah digunakan sebagai Bernam River Airfield di Ulu Bernam.
Sebahagian tanah (100 ekar) tersebut telah disewakan kepada pemaju untuk tujuan projek kolam ternakan ikan. Hasil pendapatan sewaan ini akan disalurkan bagi tujuan pembiayaan pendidikan. Manakala baki daripada tanah tersebut telah mendapat kelulusan dari Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor (LPAYS) untuk projek Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) pada Januari 2018. Walau bagaimanapun, kelulusan tersebut telah dibatalkan oleh LPAYS pada awal 2019 kerana pihak pemaju gagal menepati syarat-syarat tawaran.
-
Pernahkah Yayasan Selangor mengkaji secara mendalam kesesuaian penggunaan tanah tersebut bagi menjana hasil dan pulangan yang optimum? Jika ya, nyatakan butir-butirnya
Pada tahun 2015, pihak Yayasan Selangor telah melaksanakan proses RFI bagi mendapatkan cadangan pemajuan tanah tersebut tetapi tidak mendapat sebarang sambutan memandangkan :-
- Tanah yang terletak jauh di
- Jalan penghubung yang memerlukan belanja yang tinggi untuk dinaik
- Jalan masuk sedia ada yang melalui tanah hak milik individu/ladang.
- Tanah masih dalam status