Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

246) KEPADATAN MURID DI SEKOLAH-SEKOLAH

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah kerajaan dalam menangani isu kepadatan murid terutama bagi kemasukan Tingkatan 1 di sekolah menengah di sekitar dun Sungai Kandis?

    3 buah sekolah yang mempunyai kepadatan enrolmen bagi Tingkatan Satu adalah:

    • SMK Jalan Kebun – 744 murid
    • SMK Kota Kemuning – 733 murid
    • SMK Alam Megah 2 – 306 murid

    Bagi menampung permintaan keperluan, pihak sekolah menambah bilangan kelas bagi Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua sebagai langkah menangani isu kepadatan dalam jangka masa pendek.

     

  2. Apakah terdapat perancangan pembinaan sekolah baharu khasnya di dalam Dun Sungai Kandis? Senaraikan jika ada.

    Pihak JPN Selangor perlu membuat semakan berdasarkan kepadatan penduduk dan sekolah sedia ada berhampiran DUN Sungai Kandis bagi membolehkan permohonan sekolah baharu

Lampiran

Tiada Lampiran.