Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
228) PERPUSTAKAAN DESA
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah bilangan perpustakaan desa yang ada di Negeri Selangor? Sila nyatakan mengikut daerah apakah syarat-syarat untuk memohon
Bilangan perpustakaan desa yang ada di Negeri Selangor
- Sebanyak 71 buah Perpustakaan Desa di Negeri Selangor. Dengan 55 Buah Perpustakaan di bawah pentadbiran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS). dan 16 Buah Perpustakaan Desa di bawah Perpustakaan Negara
Daerah Kategori Perpustakaan Jumlah
Pusat Daerah Cawangan Pekan Desa Bergerak Petaling 1 – – 3 3 7 14 Klang – 1 1 1 4 – 7 Kuala Langat
– 1 – – 9 1 11 Kuala Selangor
– 1 1 1 11 – 14 Sabak Bernam
– 1 – 2 22 1 26 Hulu Langat
– 1 1 3 7 – 12 Hulu Selangor
– 1 – 1 7 – 9 Gombak – 1 1 – 2 – 4 Sepang – – – 1 6 – 7 Jumlah
1
7
4
12
71
9
104
- Syarat-syarat memohon perpustakaan baharu:
- Sekiranya perpustakaan itu dibina di atas tanah, maka status tanah mestilah jelas dan boleh diwartakan atas nama
- Sekiranya perpustakaan itu diwujudkan di dalam bangunan sedia ada, premis perpustakaan tersebut mesti diserahkan kepada PPAS.
- Berikut ialah spesifikasi standard keluasan dan populasi penduduk bagi
kategori perpustakaan yang dikeluarkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia, yang boleh digunakan sebagai panduan untuk memohon perpustakaan.
BIL JENIS PERPUSTAKAAN CADANGAN KELUASAN MINIMUM POPULASI PENDUDUK MPS KPS ORANG 1. Perpustakaan Negeri 11,152 120,000 500, 001 ke atas 2. Perpustakaan Daerah 5,576 60,000 100,001-500,000 3. Perpustakaan Cawangan 2,137 23,000 50,001-100,000 4. Perpustakaan Pekan/Komuniti A (Bangunan) 1,394
15,000
10,001-50,000 Perpustakaan Pekan/Komuniti A (Rumah Kedai) 139-465
1,500 – 5,000
7,001-10,000 Perpustakaan Pekan/Komuniti A (Pusat Beli Belah) 112-139
1,204 -1,500
1,000-7,000 5. Perpustakaan Desa A 139 1,500 3,001-7,000 Perpustakaan Desa B 121 1,300 1,001-3,000 Perpustakaan Desa C 93 1,000 300-1,000 Sumber : Garis Panduan Standard Ruang Lantai Perpustakaan Negara Malaysia
-
Berapakah bilangan perpustakaan di wujudkan dibandar terutamanya kawasan perumahan B40? Adakah Kerajaan Negeri memberikan peruntukkan untuk mengadakan perpustakaan di tempat seperti ini?
- Kerajaan Negeri Selangor sentiasa prihatin dan mengambil berat mengenai rakyat yang berpendapatan rendah atau golongan B40 di kawasan bandar yang memiliki akses terhad kepada kemudahan
- PPAS telah mula menyediakan Perpustakaan di kawasan B40 pada tahun 2010 bermula dengan Perpustakaan Komuniti Sri Manja, Petaling Jaya, Perpustakaan Komuniti Sri Perantau, Klang, Perpustakaan Komuniti Bukit Beruntung, Hulu Selangor, Perpustakaan Komuniti Pandan Jaya, Ampang, Perpustakaan Awam Selangor Taman Mawar, Cheras dan PPAS @ PJKita Community Library, Kg. Lindungan. Sehingga kini, daripada 104 buah perpustakaan, 6 daripadanya telah diwujudkan di kawasan perumahan
- Pada tahun 2016, dalam Rancangan Malaysia Ke 11 (RMK 11), Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukan sejumlah RM 450,000 bagi membina baru bangunan perpustakaan dan RM 200,000 untuk kelengkapan dan koleksi buku setiap
- Pada tahun 2016 dengan usahasama dengan pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk membina perpustakaan berkonsep kontena yang pertama di Negeri Selangor, iaitu PPAS @ PJKita Community Library di PJS 6, Kampung
Lindungan Petaling Jaya di bawah DUN Seri Setia. Projek ini juga turut mendapat kerjasama penuh daripada komuniti penduduk setempat yang terlibat semasa proses perancangan melalui program “Community Engagement” yang dilaksanakan oleh EPIC Communities (Extraordinary People Impacting Community). Input penduduk setempat diambil kira dalam menyediakan landskap dan aktiviti luaran perpustakaan. Perpustakaan ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan sehingga kini pengunjung telah mencapai 5,329 orang bagi tempoh 6 bulan (Ogos 2018-Februari 2019).
- Selain itu, pihak PPAS telah mendapat kelulusan untuk membina sebuah perpustakaan yang juga menggunakan konsep kontena di Puchong Indah, Puchong dengan usahasama pihak Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), ianya sangat strategik kerana dikelilingi dewan, surau, tapak pasar pagi dan pasar malam di bawah DUN Kinrara, bersempadan dengan DUN Sri Serdang. Secara tidak langsung, perpustakaan ini nanti akan memberi manfaat kepada penduduk di kedua-dua kawasan
- Bagi pembangunan perpustakaan dikawasan B40 seterusnya, lokasi yang dikenal pasti adalah di kawasan Lembah Subang. Pihak Kerajaan Negeri berharap lebih banyak lagi projek pembangunan perpustakaan dilaksanakan dikawasan B40 bagi memberi manfaat kepada masyarakat
- Selain daripada pembinaan perpustakaan, PPAS juga menyediakan perkhidmatan perpustakaan bergerak bagi tujuan tersebut. Pada tahun 2016, Empat 4 buah #SmartSelangor Mobile Library – Selangor BEST telah diwujudkan. Ianya merupakan sinergi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) & PPAS melalui peruntukan Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar sebanyak sebanyak RM1,000,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Juta).
- Tiga 3 buah lagi #SmartSelangor Mobile Library adalah dibawah seliaan PPAS dengan jumlah peruntukan sebanyak RM750,000 (Ringgit Malaysia Tujuh Ratus Lima Puluh Ribu).
- Tujuh 7 buah perpustakaan bergerak ini beroperasi di 80 lokasi melibatkan tujuh
7 daerah di pangsapuri-pangsapuri kos rendah, Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan Felda. Pemilihan lokasi bagi 7 buah perpustakaan bergerak adalah ditentukan oleh pihak LPHS sendiri, dengan bantuan Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB) dikawasan B40.
Lampiran :
Senarai Perpustakaan Desa Di Negeri Selangor
PERPUSTAKAAN DESA DAERAH PETALING 1 Perpustakaan Desa Kuang 2 Perpustakaan Desa Kg. Sg. Pelong 3 Perpustakaan Desa Kubu Gajah DAERAH KLANG 1 Perpustakaan Komuniti Sri Perantau 2 Perpustakaan Desa Meru 3 Perpustakaan Desa Pulau Indah 4 Perpustakaan Desa Bukit Kapar DAERAH KUALA LANGAT 1 Perpustakaan Desa Jenjarom 2 Perpustakaan Desa Olak Lempit 3 Perpustakaan Desa Sri Jugra 4 Perpustakaan Desa Kg Endah 5 Perpustakaan Desa Sijangkang 6 Perpustakaan Desa Ladang Batu 7 Perpustakaan Desa Batu Laut 8 Perpustakaan Desa Sg Kelambu 9 Perpustakaan Desa Kg Morib DAERAH KUALA SELANGOR 1 Perpustakaan Desa Parit Mahang 2 Perpustakaan Desa Ijok 3 Perpustakaan Desa Sg. Gulang-Gulang 4 Perpustakaan Desa Sri Tiram Jaya 5 Perpustakaan Desa Bukit Badong 6 Perpustakaan Desa Jeram 7 Perpustakaan Desa Assam Jawa 8 Perpustakaan Desa Puncak Alam 9 Perpustakaan Desa Estet Tunku Abdul Rahman 10 Perpustakaan Desa Bukit Kerayong 11 Perpustakaan Desa Sg Sireh DAERAH SABAK BERNAM 1 Perpustakaan Desa Parit Baru 2 Perpustakaan Desa Binjai Jaya 3 Perpustakaan Desa Parit 14 4 Perpustakaan Desa Parit 8 5 Perpustakaan Desa Bagan Terap 6 Perpustakaan Desa Bagan Nakhoda Omar 7 Perpustakaan Desa Pasir Panjang 8 Perpustakaan Desa Sg. Air Tawar 9 Perpustakaan Desa Batu 2, Sepintas 10 Perpustakaan Desa Kg. Banting 11 Perpustakaan Desa Sg. Apong 12 Perpustakaan Desa Tebuk Berihun 13 Perpustakaan Desa Taman Muhibbah 14 Perpustakaan Desa Batu 4 Sepintas 15 Perpustakaan Desa Batu 38 16 Perpustakaan Desa Simpang Lima 17 Perpustakaan Desa Tebuk Mufrad 18 Perpustakaan Desa Tebuk Pulai 19 Perpustakaan Desa Parit 6 20 Perpustakaan Desa Parit 11 21 Perpustakaan Desa Parit 7 22 Perpustakaan Desa Taman Setia Jaya DAERAH HULU LANGAT 1 Perpustakaan Desa Lembah Jaya 2 Perpustakaan Desa Batu 14, Hulu Langat 3 Perpustakaan Desa Taman Mawar 4 Perpustakaan Desa Beranang 5 Perpustakaan Desa Kg. Pandan 6 Perpustakaan Desa Kg. Melayu Ampang 7 Perpustakaan Desa Mahkota DAERAH HULU SELANGOR 1 Perpustakaan Komuniti Bukit Beruntung 2 Perpustakaan Desa Sg. SelisiK 3 Perpustakaan Desa Sg. Choh 4 Perpustakaan Desa Sg. Masin 5 Perpustakaan Desa Kerling 6 Perpustakaan Desa Kalumpang 7 Perpustakaan Desa Kg Serigala DAERAH GOMBAK 1 Perpustakaan Desa Al-Syakirin 2 Perpustakaan Desa Kg Kemensah DAERAH SEPANG 1 Perpustakaan Desa Bukit Bangkong 2 Perpustakaan Desa Kg. Sg. Merab 3 Perpustakaan Desa Jenderam Hilir 4 Perpustakaan Desa Kg. Dato’ Ahmad Razali 5 Perpustakaan Desa Bagan Lalang 6 Perpustakaan Desa Kg Hulu Chuchoh