Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

217) MEKANISME KAWALAN HAIWAN ANJING LIAR DAN KUCING TERBIAR

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah mekanisme program kawalan haiwan anjing liar dan kucing terbiar melalui peruntukan yang diumumkan melalui Belanjawan 2019?

    Melalui Belanjawan 2019, Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor telah bersetuju untuk memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi Program Kawalan Haiwan. Objektif utama program tersebut adalah untuk memelihara keselamatan dan keharmonian kawasan setempat daripada gangguan haiwan khususnya yang melibatkan anjing liar dan kucing terbiar. Oleh itu, peruntukan tersebut akan disalurkan kepada PBT Negeri Selangor untuk merancang dan melaksanakan program-program yang boleh mengawal pertambahan populasi haiwan-haiwan tersebut seperti menaik taraf Pusat Tahanan Haiwan Sementara, perolehan peralatan keselamatan, program kemasyarakatan dan lain-lain program yang berkaitan.

Lampiran

Tiada Lampiran.