Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
202) DENGGI
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apa jenis sistem pencegahan yang digunakan di Selangor untuk membasmi nyamuk Aedes?
Soalan berkaitan denggi akan dijawab bersekali termasuk soalan no 35 daripada
Yang Berhormat Sungai Pelek, soalan 135 daripada Yang Berhormat Subang
Jaya, dan soalan 271 daripada Yang Berhormat Kuala Kubu Baru.a) Langkah-langkah kawalan dan pencegahan denggi bagi menghapuskan nyamuk
Aedes yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah seperti
berikut:Langkah-langkah kawalan
i. Pemantauan kes yang dilaporkan secara harian di peringkat daerah,
negeri dan ibu pejabat;
ii. Melaksanakan aktiviti kawalan secara berkesan keatas setiap kes yang
dilaporkan seperti Pemusnahan Tempat Pembiakan Aedes, Semburan
Racun Termal untuk nyamuk dewasa (fogging dan ULV) dan Semburan
Racun untuk membunuh larva (Larvaciding);
iii. Melaksanakan aktiviti Pendidikan Kesihatan kepada komuniti terlibat –
Ceramah, Perbincangan Kumpulan Kecil, Tunjuk Cara, Nasihat Individu,
Hebahan Awam, Risalah, Poster dan Media Luar;
iv. Menggerakkan komuniti melaksanakan aktiviti gotong-royong untuk
mencari dan memusnahkan tempat-tempat pembiakan Aedes;dan
v. Melaksanakan aktiviti penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga
Pembawa Penyakit 1975.Langkah-langkah pencegahan
i. Pemantauan indeks pembiakan Aedes di kawasan berisiko tinggi denggi
dan kawasan tumpuan awam;
ii. Melaksanakan aktiviti Penghapusan Tempat Pembiakan Aedes kawasan
berisiko tinggi denggi dan kawasan tumpuan awam;
iii. Melaksanakan Semburan Kabus (fogging) pencegahan di kawasan yang
mempunyai indeks pembiakan Aedes yang tinggi;
iv. Melaksanakan aktiviti penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga
Pembawa Penyakit 1975; dan
v. Melaksanakan aktiviti Pendidikan Kesihatan kepada komuniti setempat. -
Apa jenis bahan kimia yang digunakan untuk "fogging" dan apa kesannya kepada alam semulajadi?
Racun serangga yang digunakan perlu didaftarkan terlebih dahulu oleh Lembaga
Racun Makhluk Perosak (LRMP), Kementerian Pertanian Malaysia. Racun
serangga tersebut perlu mematuhi kehendak kesihatan awam dan penjagaan alam
sekitar. Dua kelas racun serangga yang digunakan ialah Organofosfat dan Sintetik
Piretroid. Bagi memastikan pekerja – pekerja fogging sentiasa sihat dan selamat
mereka perlu mematuhi Akta Racun Serangga Perosak, 1974. Operator
menjalankan semburan perlu di latih dan kompeten. Mereka perlu menggunakan
kelengkapan pelindung diri. Sebelum aktiviti semburan termal (fogging) dilakukan
hebahan awam untuk penduduk supaya mengambil langkah – langkah
pencegahan seperti menutup minuman, makanan, membawa haiwan peliharaan
keluar daripada kawasan semburan. Panduan penggunaan racun serangga juga
dilakukan supaya ia disimpan, digunakan dan dilupuskan dengan betul. -
Adakah Kerajaan Negeri sedang mengkaji sistem yang lebih berkesan untuk membanteras nyamuk Aedes?
Kerajaan Negeri Pada tahun 2019, Kerajaan Negeri akan menggunakan tambahan
strategi baru dalam kawalan dan pencegahan denggi iaitu;i) Kawalan biologi menggunakan Nyamuk Aedes dengan Wolbachia.
Wolbachia adalah sejenis mikroorganisme yang hidup secara semulajadi
dalam organ-organ pembiakan serangga. Ia wujud dalam kira-kira 60
peratus serangga kecuali nyamuk Aedes Aegypti. Oleh kerana Wolbachia
tidak terdapat dalam nyamuk Aedes Aegypti seperti kebanyakan serangga
lain, maka suntikan akan dilakukan di dalam makmal sebelum ia
dilepaskan ke lapangan. Setelah membiak dalam jangka masa yang
tertentu, kebanyakan nyamuk Aedes Aegypti di dalam kawasan itu akan
mengandungi Wolbachia dan tidak mempunyai virus denggi. Negara yang
telah menjalankan kawalan rintis ini adalah seperti Indonesia, Singapura,
Thailand, China, Brazil dan Australia. Kajian rintis di Malaysia telah
dijalankan di 7 lokaliti Hotspot di Selangor dan menunjukkan kejayaan
penurunan 50-80% kes di lokaliti tersebut. Kawalan biologi ini akan
dikembangkan di lokaliti-lokaliti tumpuan lain terutama lokaliti Wabak Tak
Terkawal dan Hotspot.ii) Satu Program Selangor Bebas Aedes di Tempat Kerja dan Kuarters
akan dilaksanakan bermula tahun ini. Agensi yang terlibat adalah semua
agensi kerajaan samada persekutuan mahupun kerajaan negeri termasuk
Agensi Berkaitan Kerajaan (GLC) dan anak syarikat di bawah kerajaan
negeri. Program ini merupakan pemerkasaan anggota kerajaan dalam
pengwujudan kawasan bebas Aedes di tempat kerja dan kuarters
kerajaan. Ia akan dilancarkan pada bulan April ini dengan beberapa siri
pendedahan dan latihan yang diadakan oleh Kerajaan Negeri. Di antara
aktiviti utama yang akan dilaksanakan adalah; Menjalankan alert kes dan wabak demam denggi oleh Pejabat
Kesihatan Daerah kepada jabatan yang terlibat untuk tindakan
kawalan dan pencegahan;
Menjalankan Pemusnahan Tempat Pembiakan Aedes di tempat kerja
secara berkala;
Mewujudkan jaringan maklumat berkaitan situasi demam denggi di
tempat kerja seperti melalui Whatsapp, Facebook dan lain-lain;
Mewujudkan kumpulan sukarelawan denggi menggunakan konsep
Corporate Social Responsibility (CSR) di kalangan warga tempat kerja
bagi membantu lokaliti wabak dan hotspot; dan
Menjalankan aktiviti penguatkuasaan di tempat kerja dan kuarters.
iii) Pihak Jabatan Kesihatan Negeri juga telah melancarkan beberapa siri
kempen iaitu yang sedang dilaksanakan adalah Kempen Selangor
Gempur Aedes Siri 2/2019 selama 6 minggu bermula dari 25.02.19
sehingga 7.04.19 (tempoh 6 minggu) dengan penumpuan aktiviti kepada :
Memperkukuhkan aktiviti Pemusnahan Tempat Pembiakan Aedes
secara berfokus di lokaliti sporadik terpilih;
Memperkukuhkan One Stop Crisis Centre (OSCC) daerah bagi
merancang dan menyelaras aktiviti kawalan denggi bersama
agensi lain terutama pihak berkuasa tempatan bagi meningkat dan
mengoptimakan semua sumber di daerah;
Mengoptima anggota di Pejabat Kesihatan Daerah melibatkan
aktiviti Pemusnahan Tempat Pembiakan Aedes dan larvaciding
terutama selepas waktu pejabat, cuti hujung minggu dan kelepasan
am;
Meneruskan aktiviti penguatkuasaan di tempat tumpuan awam
yang berisiko kepada punca jangkitan Aedes; dan
Menggalakkan semua lokaliti COMBI menjalankan aktiviti promosi
kesihatan rumah ke rumah dan pemusnahan tempat pembiakan
denggi pada setiap hujung minggu. Di samping itu juga
menggalakkan mobilisasi ahli COMBI ke lokaliti Hotspot dan wabak
tak terkawal.