Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
192) PROGRAM PENERANGAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mempertingkatkan penerangan dasar dan program kerajaan negeri kepada rakyat?
- Penubuhan Communication Corporation Sdn Bhd (CCSB) adalah bertujuan mempertingkatkan penerangan dasar dan program Kerajaan Negeri kepada rakyat, sejak 2009.
Bermula dengan web portal TVSelangor, CCSB yang juga dikenali sebagai Media Selangor mula berkembang kepada penerbitan akhbar dan penggunaan medium lain seperti berikut;
Edisi/medium Cetakan/Pelanggan/Pengikut SelangorKini Bahasa Melayu 200,000/seminggu Selangor Journal 50,000/sebulan Mandarin 70,000/dua minggu sekali Tamil 50,000/sebulan TV Selangor selangortv.my portal YouTube 112,000 pelanggan Media Sosial Facebook 303,000 pengikut Twitter 30,200 pengikut Instagram 59,900 pengikut IDM TV SUK, PBT, PDT, agensi dan GLC 50 IDM TV di seluruh Selangor memaparkan program TVS, informasi IPR dan Kerajaan Negeri serta ringkasan berita. -
Berapakah jumlah papan tanda (billboard) yang diperuntukkan bagi penerangan IPR bagi setiap DUN?
Setakat ini, CCSB menguruskan 26 papan iklan milik Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) – MBI di seluruh Selangor. Kesemua papan iklan digunakan bagi tujuan pengiklanan program kebajikan Kerajaan Negeri di bawah Inisiatif Peduli Rakyat (IPR). Jumlah papan iklan berkenaan juga dijangka meningkat tertakluk kepada kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan dari semasa ke semasa.
-
Berapakah bajet Kerajaan Negeri bagi tujuan program penerangan ini?
Pada 2019, sejumlah RM10.3 juta telah diperuntukkan kepada CCSB di bawah bajet Pembangunan Minda Rakyat bagi tujuan penerbitan, pencetakan, pengedaran dan sebarang usaha menyebarluas dan menghebahkan program Kerajaan Negeri.