Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
190) ISU PENTERNAKAN KERANG
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah faktor pengurangan hasil ternakan kerang khususnya di Kuala Selangor?
Antara faktor-faktor pengurangan hasil ternakan kerang khususnyadi Kuala Selangor adalah :
- Masalah sumber yang dieksploitasi, melalui kecurian dan
penyeludupan keluar benih kerang.
- Faktor semulajadi iaitu masalah tanah keras akibat pengumpalan kulit kerang di atas sedimen dan keadaan tanah yang berpasir di lot-lot ternakan kerang.
- Benih serta induk kerang dibeli dan dipasarkan ke negeri-negeri lain.
-
Apakah langkah Kerajaan dalam memastikan kelestarian habitat kerang terpelihara?
Langkah-langkah Kerajaan dalam memastikan kelestarian habitat kerang terpelihara adalah :
- Pemetaan semula lot-lot aktif dan pewartaan zon ternakan kerang di sepanjang persisiran pantai Negeri Selangor yang terlibat seperti Klang, Sabak Bernam dan Kuala Selangor.
- Mempertingkatkan operasi penguatkuasaan terutama ketika musim benih kerang dalam menguatkuasaan Akta Perikanan 1985 (AP1985).
- Jabatan Perikanan Negeri Selangor juga dalam proses mengemaskini “Standard Operation Procedure” (SOP) mengutip benih dan menternak kerang.
- c) Jabatan Perikanan Negeri Selangor telah mengambil langkah-langkah untuk membantu meningkatkan pendapatan para nelayan secara amnya dan penternak kerang khasnya antaranya ialah :
- Meneruskan program pemberian bantuan peralatan kepada Nelayan dan penternak kerang.
- Memperkenalkan inovasi seperti peralatan untuk meningkatkan hasil pengeluaran kerang dan hasil laut. (Contoh : Cockle Grader, Cockle Spat Sorter, tangguk moden)
- Mempertingkatkan kemudahan di jeti-jeti pendaratan kerang dan hasil laut. (Contoh : Kren )
-
Apakah langkah untuk membantu meningkatkan pendapatan para nelayan secara amnya dan penternak kerang khasnya?