Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
177) PROJEK NAIKTARAF JALAN BUKIT KEMUNING FT190
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah cadangan kerajaan berkenaan jalan ini dan apakah status terkini cadangan projek naiktaraf Jalan Bukit Kemuning FT190?
Pihak JKR Negeri Selangor telah melaksanakan Kajian Trafik dan menyediakan brief projek serta anggaran kos projek Jalan FT190 bermula dari persimpangan Bukit Kemuning melalui Bulatan Lima, Jalan Kebun sehingga ke persimpangan Kesas. Cadangan projek ini melibatkan skop pelebaran jalan sedia ada sepanjang 10km kepada dual cariageway 4 lanes dengan piawaian U5 dan pembinaan flyover di Bulatan 5.
Permohonan projek ini telah dikemukakan kepada pihak JKR Ibu Pejabat pada 21 Februari 2019 dan telah diangkat kepada Kementerian Kerja Raya pada 28 Februari 2019 untuk dipohon kepada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi untuk dilaksanakan di dalam RP5-2020. (Rolling Plan ke-5 – 2020).
-
Apakah tindakan kerajaan dalam usaha membaiki jalan ini sementara menunggu kelulusan projek naiktaraf?
Keadaan jalan FT190 menjadi laluan kenderaan berat menyebabkan laluan tersebut rosak dengan cepat dan pemandu kenderaan berat kerap meletakkan kenderaan mereka secara haram di bahu jalan menyebabkan hujung jalan terhakis dan berlubang di mana secara tidak langsung akan menyebabkan surface runoff bertakung di tepi jalan. Disebabkan ini struktur pavemen laluan tersebut sering mengalami kerosakan walaupun telah disenggara secara rutin iaitu tampalan potholes dan lain-lain. Oleh itu, peruntukan berjumlah RM4.35 Juta bagi tahun 2019 telah dipohon bagi jalan FT190 Jalan Bukit Kemuning serta pihak JKR telah menyenaraikan lokasi ini dalam senarai keperluan mendesak/ keutamaan dalam permohonan peruntukan kepada pihak Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia.
Walau bagaimanapun, pihak JKR dan melalui syarikat konsesi sentiasa menjalankan penyenggaraan rutin bulanan seperti RO1 – penampalan pothole, RO2 – pembaikan bahu jalan dan lain-lain bagi menjaga keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.