Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

175) RUMAH IBADAT

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri mempunyai cadangan menstruktur semula rumah-rumah ibadat yang didirikan secara haram bagi mengelakan kes seperti kuil Mahamariaman di Seafield USJ?

    1. Kerajaan Negeri sentiasa komited menyediakan tapak kemudahan ibadat yang kondusif dengan memastikan setiap pembangunan baru perlu menyediakan kemudahan-kemudahan mengikut Garis Panduan Perancangan Negeri Selangor (Edisi Ke 2). Bagi pembangunan baru tapak rumah ibadat, kerajaan negeri akan memastikan semua pembangunan adalah berdaftar dengan mengemukakan permohonan merancang selaras dengan keperluan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Bagi rumah-rumah ibadat yang didirikan tanpa kebenaran, Kerajaan Negeri menggunapakai Garis Panduan Tatacara Penguatkuasaan ke atas Rumah Ibadat Selain Islam dan Tempat Penyembahan di bina Tanpa Kebenaran di Negeri Selangor yang berkuatkuasa sejak 1 Februari 2014.

     

    Dalam pada itu, sebarang rumah ibadat selain Islam yang telah dibina sebelum tahun 2008 diberi pertimbangan untuk dikekalkan tertakluk kepada tatacara pihak berkuasa atau dipindahkan ke kawasan yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

     

     

  2. Apakah tindakan pihak PBT untuk mengawal pembinaan rumah ibadat persendirian yang didirikan di dalam kompound persendirian penduduk Taman?

    1. PBT Negeri Selangor sentiasa membuat pemantauan ke atas struktur-struktur binaan yang dibina termasuk rumah-rumah ibadat. Notis arahan merobohkan atau mengalihkan binaan ke lokasi lain kepada pemilik rumah ibadat persendirian di kawasan perumahan akan dikeluarkan sekiranya binaan tersebut :

     

    1. Menimbulkan halangan kepada orang awam seperti mendirikan atau meletakkannya di atas kawasan yang diselenggara oleh pihak PBT seperti kawasan hijau di luar garisan sempadan / luar pagar bahagian hadapan / tepi rumah, di lorong belakang, atas longkang atau di atas laluan pejalan kaki,

     

    1. Menimbulkan kacau ganggu seperti menyebabkan rasa kurang selesa pada penduduk setempat,

     

    Sebarang tindakan perobohan / penguatkuasaan yang dijalankan akan menggunapakai Garis Panduan Tatacara Penguatkuasaan ke Atas Rumah Ibadat Selain Islam dan Tempat Penyembahan di Bina Tanpa Kebenaran di Negeri Selangor yang telah berkuatkuasa mulai 1 Februari 2014.

     

    Walaubagaimana pun, tidak menjadi kesalahan bagi binaan rumah ibadat yang didirikan di dalam kompaun persendirian penduduk selagi ianya mudah alih dengan saiz binaan yang kecil serta tidak menimbulkan sebarang kacau ganggu kepada penduduk setempat.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.