Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

171) BANJIR KILAT

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pihak berkaitan mempunyai solusi kepada masalah banjir kilat yang sering berlaku di Taman Serendah Makmur,Serendah dan juga di persimpangan tol Bukit Beruntung yang berpunca daripada masalah sistem perparitan yang tidak di selia dengan baik?

    Masalah banjir kilat di Taman Serendah Makmur, dalam tindakan pihak Majlis Daerah Hulu Selangor untuk usaha secara berperingkat atasi limpahan air dari anak sungai berhampiran. Kawasan banjir melibatkan jalan masuk sahaja dan kawasan tersebut ada anak sungai yang bukan dibawah skop penyelenggaraan Majlis Daerah Hulu Selangor.

    Manakala isu banjir di persimpangan Tol Bukit Beruntung adalah dibawah skop Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Selangor.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.