Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

169) TAPAK PAKIR KERETA

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah kekurangan atau ketiadaan tapak pakir kereta di kawasan perumahan kos rendah?

    Sebelum tahun 2010, Garis Panduan Piawaian Perancangan Negeri Selangor telah memperuntukkan penyediaan 1 unit tempat letak kereta atau pakir bagi setiap 2 unit rumah kos rendah. Bagi menambahbaik kawasan flat rumah kos rendah, keperluan garis panduan penyediaan tempat letak kereta telah dipinda kepada 1 unit pakir bagi setiap unit rumah Selangorku (Jenis A).

    Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri sedia maklum masih terdapat kekurangan pakir disesetengah flat rumah kos rendah. Oleh yang demikian, pihak pengurusan bangunan rumah kos rendah ini hendaklah berperanan dalam mengenalpasti kawasan-kawasan yang berpotensi untuk dijadikan tambahan petak tempat letak kereta dengan persetujuan semua penghuni.

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,  fokus utama Kerajaan Negeri dalam pelaksanaan konsep pembangunan adalah untuk mencapai sasaran 60 peratus penggunaan pengangkutan awam menjelang 2035. Dalam usaha mencapai sasaran ini, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Bas Smart Selangor untuk kemudahan oarng ramai menggunakannya secara percuma dan kawasan perumahan kos rendah adalah menjadi keutamaan semasa perancangan cadangan laluan baru Bas Smart Selangor sebagai salah satu alternatif bagi menyelesaikan masalah kekurangan tapak pakir kereta.

  2. Adakah Kerajaan Negeri bersedia meluluskan permit kepada pemilik rumah kos rendah untuk membina garaj di tanah lapang yang bersesuaian berdekatan rumah mereka?

    1. Berdasarkan Pekeliling Kawasan Lapang Negeri Selangor, kawasan lapang yang telah disediakan adalah bagi tujuan aktiviti riadah atau reaksi awam untuk penduduk setempat. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri melalui PBT tidak berhasrat untuk mempertimbangkan sebarang pembinaan garaj pakir di kawasan lapang kerana bercanggah dengan peraturan yang berkuatkuasa. Sekiranya pertimbangan diberikan, ia boleh menimbulkan masalah yang lebih kritikal sebagai contoh:

     

    • sesuatu kawasan perumahan akan kelihatan lebih tidak terurus dan mencacatkan pandangan awam;

     

    • dengan adanya struktur-struktur tambahan yang tidak terkawal, akan menimbulkan masalah-masalah seperti kawasan tersebut akan menjadi  tempat pembiakan nyamuk aedes;
    • aduan dari masyarakat akan bertambah kerana adanya pertelingkahan merebut kawasan di antara penduduk di dalam sesuatu kawasan kejiranan; dan

     

    • kesukaran pihak berkuasa untuk mengawal dan mengatasi pembinaan struktur haram.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.