Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

167) JALAN RAYA ROSAK

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sub-soalan telah di tolak

  2. Apakah langkah2 atau tindakan tegas dari pihak berkenaan untuk memantau jalan2 di kampung?

    Salah satu punca menyebabkan kerosakan jalan ialah kenderaan-kenderaan berat yang menggunakan jalan tersebut (jalan penghubung) untuk mengalihkan muatan dari satu tempat ke tempat yang lain.

    Perkara ini telah beberapa kali dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah (JKTD) Kuala Selangor yang mana ahli-ahli mesyuarat adalah terdiri daripada Ketua-Ketua Jabatan mahupun wakil-wakil agensi yang berkenaan.

    Sekiranya kenderaan berat ini adalah melibatkan pemegang permit bahan batuan, Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor (PDTKS) akan memotong deposit infrastruktur yang dicarum oleh pemegang-pemegang permit ini bagi membaiki kerosakan jalan tersebut. PDTKS juga tidak teragak-agak untuk membatalkan permit atau tidak memperbaharui permit tersebut.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.