Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

153) ADUAN TANAH

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Isu berkaitan tanah di Bukit Jugra yang mana ada rungutan dan aduan tanah kerajaan telah dicerobohi.

    1. Berdasakan semakan dan pemantauan yang dijalankan oleh Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat sehingga Mac 2019, didapati tiada pencerobohan yang serius di atas mana-mana tanah kerajaan di kawasan Bukit Jugra. Namun yang demikian, pentadbiran ini telah mengenal pasti terdapat penanaman anak kelapa sawit di atas simpanan jalan dan tindakan mengosongkan tanaman tersebut telah dijalankan.

     

  2. Apakah langkah PBT dalam menanganinya?

    1. Di bawah bidang kuasa pejabat tanah, sekiranya didapati berlakunya pencerobohan, tindakan di bawah Seksyen 425 KTN akan dikenakan yang membolehkan penceroboh didenda tidak melebihi RM500,000.00 atau penjara tidak melebihi lima (5) tahun.

Lampiran

Tiada Lampiran.