Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

129) LEBUHRAYA BERTOL DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah pihak kerajaan atau GLC negeri, mempunyai saham di dalam mana-mana syarikat konsesi tol?

    (a) dan (b) dijawab bersekali;

     

    Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) mempunyai sebahagian pegangan dalam syarikat konsesi tol melalui syarikat bersekutu, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad, yang memegang saham sebanyak 20% dalam syarikat Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Holdings Sdn Bhd (SPRINT).

     

  2. Apakah nama syarikat konsesi tol yang mana kerajaan atau GLC nya yang æmempunyai saham yang terbesar?

Lampiran

Tiada Lampiran.