Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
94) PIAWAIAN TEKANAN AIR
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah piawaian tekanan air pada meter untuk rumah dan kedai (meter individu)?
Piawaian tekanan air pada meter untuk rumah dan kedai (meter individu) adalah di antara 10mH hingga 22mH. Piawaian secara purata tekanan minimum adalah 10mH berdasarkan ketinggian premis.
-
Jika tekanan air tersebut tidak dapat dicapai, apakah jangkamasa (KPI) Air Selangor untuk membetulkan situasi tersebut?
Tindakan bagi aduan bekalan air termasuk aduan tekanan air adalah dalam tempoh 24 jam.