Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

92) KILANG PLASTIK HARAM

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan bilangan kilang plastik haram di Selangor mengikut DUN.

    Bilangan kilang plastik haram yang dikesan adalah sebanyak 107 buah melibatkan 6 PBT sahaja di mana 99 kilang plastik haram tersebut telah diberi Notis Penutupan. Daripada 99 buah kilang tersebut, sebanyak 48 buah kilang telah ditutup sepenuhnya melalui Operasi Bersepadu. PBT akan sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk memantau perkara ini bagi tujuan pemutihan. Berikut adalah pecahan bilangan kilang plastik haram di 6 PBT:-
    *Sumber: Semua PBT Negeri Selangor
    Bil.
    PBT
    Jumlah
    Notis Penutupan
    Telah Ditutup Sepenuhnya
    1.
    MPK
    41
    41
    8
    2.
    MDKL
    33
    33
    33
    3.
    MDKS
    8
    8

    4.
    MBSA
    12
    12
    4
    5.
    MDHS
    12
    4
    2
    6.
    MPSp
    1
    1
    1
    Keseluruhan
    107
    99
    48

  2. Sila nyatakan tindakan yang telah diambil dan berapakah pengusaha yang telah dikenakan ke mahkamah.

    Sebanyak 6 kes oleh Jabatan Alam Sekitar Selangor (JAS) telah diambil tindakan mahkamah dengan kutipan denda sebanyak RM389,000.00 dan hukuman satu hari penjara. Secara keseluruhan, jumlah kes yang disiasat oleh JAS bagi tempoh Julai 2018 sehingga Februari 2019 adalah sebanyak 127 kes. Berikut adalah pecahan kilang plastik yang telah disiasat dan tindakan yang telah diambil oleh JAS Selangor berdasarkan tempoh tersebut:
    Jumlah kes disiasat
    Penahanan Operasi / Tutup
    Notis Arahan
    Kompaun
    Syor Tindakan Mahkamah
    127
    80
    30
    13
    50
    *Sumber: Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor

Lampiran

Tiada Lampiran.