Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

66) NAIKTARAF JALAN PLB

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah kerajaan dalam usaha menaiktaraf jalan-jalan PLB terutama jalan-jalan kampung?

    Selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri dalam menjamin kepentingan pembangunan luar bandar, sebanyak RM3 juta telah diluluskan pada tahun 2019 bagi pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam/ asas luar bandar melibatkan naiktaraf/ baikpulih jalan luar bandar, longkang, dewan serbaguna, balairaya dan lain-lain. Bagi memastikan pembangunan luar bandar ini dilaksanakan secara dinamik dan mampan, Kerajaan Negeri komited supaya peruntukan bagi pembangunan luar bandar ini diteruskan setiap tahun dan kerja-kerja bagi naiktaraf dan baik pulih dilaksanakan secara berperingkat supaya kemudahan awam/asas di luar bandar ini berada di dalam keadaan yang baik.
    Kerajaan Negeri sentiasa mengambil maklum akan aduan yang diterima dari setiap Pejabat Daerah/Tanah yang merupakan agensi penghubung antara Kerajaan Negeri dan juga penduduk. Ini adalah untuk memastikan permohonan bagi pelaksanaan pembangunan luar bandar dilaksanakan dengan tersusun.

  2. Apakah terdapat cadangan menambah peruntukan bagi menaiktaraf jalan-jalan PLB ini?

    Kerajaan Negeri masih menyediakan peruntukan bagi menaiktaraf jalan-jalan luar bandar. Penyediaan peruntukan setiap tahun adalah berdasarkan kepada kemampuan kewangan semasa Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.