Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

60) E-SPORT

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan program dan peruntukan yang telah digunakan untuk pembangunan E-Sport sejak tahun 2013.

    mula memberikan perhatian terhadap sukan E-Sport dan menjadi negeri pelopor dalam penganjuran E-Sport ini. Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif dengan membelanjakan hampir RM1.2 juta sejak 2014 sehingga 2018 untuk penganjuran sukan E-Sports dengan melaksanakan setiap tahun program seperti ‘Selangor Cyber Games’. Program ini banyak memberi peluang kepada anak muda mengetengahkan bakat di dalam bidang yang sedang membangun ini. Untuk pengetahuan, terdapat banyak penganjuran berskala kecil dijalankan oleh pelbagai pihak seperti Penggerak Belia Tempatan (PeBT), pengusaha pusat siber persendirian, syarikat pembangun permainan ‘video games’ dan lain-lain pihak. Ini menyumbang kepada perkembangan yang pesat bagi bidang E-Sport di Negeri Selangor.

  2. Apakah pendirian kerajaan atas pemohonan lesen peniagaan untuk pusat siber yang berkaitan dengan pembangunan E-Sport?

    Kerajaan Negeri melihat aktiviti e-sport sebagai trend baru sukan dan potensinya untuk menjadikan Negeri Selangor sebagai HUB E-Sport Antarabangsa. Walau bagaimanapun, pada masa ini tiada Garis Panduan khusus untuk aktiviti melesenkan e-sport menyebabkan ramai pengusaha e-sport tidak dapat membuka premis.
    Justeru itu, Kerajaan Negeri bercadang untuk membuat satu mesyuarat penyelarasan bersama semua PBT bagi mewujudkan satu garis panduan pelesenan sukan elektronik (esports) di pusat siber dan kafe siber serta permainan digital secara atas talian bagi membantu pengusaha E-Sport melaksanakan aktiviti perniagaan secara berlesen dan dapat dikawal mengikut syarat-syarat pelesenan. Kerajaan Negeri juga berpandangan bahawa melesenkan e.-port juga mampu menjana hasil baru pelesenan PBT di Negeri Selangor.
    Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dan memahami kehendak trend perniagaan terkini dan dengan wujudnya garis panduan ini diharapkan dapat merancakkan perkembangan e-sport sebagai salah satu budaya sukan sihat untuk komuniti.

  3. Apakah rancangan kerajaan untuk membangunkan infrastruktur bagi E-Sport?

    Kerajaan Negeri sedang meneliti untuk menyediakan “Pusat Perkembangan E-Sport” bagi mengumpulkan atlet-atlet berprestasi tinggi menjalankan latihan dan tempat mencari bakat baru. Walau bagaimanapun, bagi merealisasikan pembangunan E-Sport dalam infrastruktur dan lain-lain aspek, ia melibatkan dana yang besar.
    Oleh kerana itu, Kerajaan Negeri masih menunggu dana khas untuk Pembangunan E-Sport bagi Negeri Selangor daripada Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan pembangunan yang menyeluruh.

Lampiran

Tiada Lampiran.