Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

58) KILANG HARAM

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan kilang-kilang haram yang telah berjaya dihentikan operasi dan ditutup sepenuhnya?

    Sepanjang tempoh PPKTK di Negeri Selangor berkuatkuasa bermula dari Julai 2006 sehinggalah berakhir pada 31 Disember 2015, hanya 630 buah kilang berjaya diputihkan yang bermaksud telah mempunyai kelulusan tukar syarat, kebenaran merancang dan pelan bangunan. Laporan Kemajuan Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah seperti di Lampiran A.

  2. Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan bahawa pengusaha kilang terbabit tidak meneruskan operasi selepas diperintahkan oleh Kerajaan Negeri?

    Kerajaan Negeri Selangor mengambil berat tentang pelanggaran syarat nyata tanah terutamanya tanah-tanah pertanian yang telah didirikan kilang tanpa kebenaran. Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 5/2019 bertarikh 20 Februari 2019 dan disahkan oleh MMKN ke 6/2019 bertarikh 27 Februari 2019 telah bersetuju untuk meneruskan Program Pematuhan Syarat Dan Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran seperti yang telah dilaksanakan pada tahun sebelum ini. MMKN bersetuju agar satu tempoh masa yang terhad sahaja diberikan kepada kilang yang beroperasi tanpa kebenaran ini untuk membuat tindakan sepatutnya dan selepas tempoh tersebut tindakan penguatkuasaan perlu diambil dengan tegas. Tindakan tegas akan dikenakan terhadap pemilik berdaftar tanah yang melanggar syarat kegunaan tanah dan pengusaha kilang yang beroperasi di atas tanah yang bukan syarat kegunaan industri. Pejabat Daerah dan Tanah serta Majlis Bandaraya/ Perbandaran/ Daerah bersama-sama agensi kerajaan yang lain akan mengenakan tindakan di bawah undang-undang yang sedang berkuatkuasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.