Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
55) ISU BANJIR DI JALAN KUYUH, KAMPUNG BARU SERI KEMBANGAN
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan bila projek penaiktarafan rumah pam akan disiapkan dan mula berfungsi
Tarikh siap projek ini adalah pada 15 Mac 2019. Status terkini projek adalah dalam proses TNB bagi pemasangan meter bagi bekalan elektrik. Dijangkakan terdapat lanjutan masa sehingga 14 Jun 2019. Status semasa kemajuan fizikal ditapak adalah 100% (Jadual) / 98% (Sebenar)
-
Berapa jumlah kos keseluruhan?
Jumlah kos keseluruhan projek ini adalah sebanyak RM 3,798,393.19.
-
Adakah projek ini mengalami kelewatan?
Projek ini telah mengalami kelewatan daripada tarikh siap asal yang pada awalnya adalah 31.05.2018. Sebanyak Empat (4) perakuan Extension of Time (EOT) telah diluluskan kepada pihak kontraktor seperti berikut :
i) EOT 1
01.06.2018 – 31.08.2018 (92 hari)
EOT 1 adalah disebabkan oleh keperluan TNB bagi pembinaan struktur Compact Sub yang tidak termasuk di dalam skop asal kontrak.
ii) EOT 2
01.09.2018 – 26.11.2018 (87 hari)
EOT 2 adalah disebabkan kelewatan kelulusan struktur TNB Compact Sub disebabkan ulasan-ulasan TNB dari Lawatan Inspection (PIAT) seperti berikut :
1. Kontraktor perlu memastikan Earthing Terminal adalah disahkan di tapak.
2. Kontraktor perlu menjalankan Ujian Earthing (Earthing Test) di tapak oleh Service Engineer yang bertauliah dan perlu memajukan laporan lengkap kepada pihak TNB untuk kelulusan.
3. Kontraktor perlu memasang papan tanda pencawang dan signage amaran keselamatan yang berkaitan di tapak projek.
4. Kontraktor perlu membuat kerja-kerja pemecahan (hacking) bagi struktur Base tengah compact iaitu di Bahagian LV.
5. Kontraktor perlu memasang lapisan Epoxy pada layer yang pertama bagi compact sub yang dibina.
iii) EOT 3
27.11.2018 – 05.01.2019 (40 hari)
EOT 3 adalah disebabkan kelewatan kelulusan permohonan sambungan bekalan elektrik dari TNB. Tambahan masa adalah perlu bagi lantikan service Engineer dan terdapat keperluan Earthing Test di tapak yang perlu melepasi syarat nilai Ohm ditetapkan TNB.
iv) EOT 4
06.01.2019 – 15.03.2019 (69 hari)
EOT 4 adalah disebabkan kelewatan proses kelulusan permohonan permit dari MPSJ bagi korekan jalan untuk kerja-kerja penyambungan kabel oleh pihak TNB. Traffic Management Plan (TMP) dan method statement perlu dilengkapkan sebelum diluluskan oleh MPSJ untuk nilai cagaran yang perlu dibayar oleh pihak kontraktor TNB.