Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

48) KESIHATAN MENTAL

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status pelaksanaan ñlay counsellorsî bagi menangani isu kesihatan mental?

    Kursus “Lay Counsellors” telah mula dilakukan kepada kakitangan barisan hadapan Kerajaan Negeri yang sentiasa berhadapan dengan masyarakat. Pada tahun 2018, Jawatankuasa Tetap Kesihatan telah menganjurkan 2 kursus “lay counsellors” kepada Penyelia Pusat Wanita Berdaya (PWB) dan Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM).

    Pada tahun 2019, sebanyak 5 kursus ”lay counsellors” telah dirancang untuk diberikan kepada beberapa kumpulan barisan hadapan kerajaan termasuk Ketua Kampung, Penyelaras PEBT, Pegawai Khidmat Pelanggan dan Ahli Majlis. Kursus ini akan dijalankan oleh kaunselor yang bertauliah dan modul yang akan disampaikan adalah bertepatan dengan bidang tugas kumpulan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.