Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
40) PERUNTUKAN PEMBANGUNAN UNTUK MASJID/SURAU
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apa kah kriteria-kriteria yang di guna pakai æuntuk menetukan masjid/surau/institusi agama yang manakah yang æakan di salurkan peruntukan untuk penyelengaraan/naik taraf dari MBI ?
Kriteria masjid/surau/institusi agama yang layak mendapatkan santunan dari MBI ialah; 1. Berdaftar di bawah MAIS/JAIS atau badan yang diiktiraf oleh Kerajaan;
2. Bergantung kepada permohonan yang dilakukan oleh Ahli Jawatankuasa Kuasa masjid/surau/institusi agama tersebut, dan sebarang pertimbangan akan diberikan berasaskan kepada keperluan dan keadaan masjid tersebut, termasuklah saiz, kapasiti dan keadaan fizikal masjid/surau/institusi agama berkenaan;
3. Sumbangan adalah bertujuan untuk pembangunan, pengimarahan, meningkatkan kesejahteraan serta hal-hal yang layak dan munasabah oleh pihak masjid/surau/institusi agama yang mengajukan permohonan;
4. Aktiviti yang dijalankan tidak menyalahi dasar atau undang-undang yang telah ditetapkan oleh Kerajaan;
5. Semua permohonan adalah diselaraskan oleh pihak MBI Selangor dalam tempoh masa yang ditetapkan dan permohonan yang tidak lengkap atau yang tidak memenuhi kriteria tidak akan dipertimbangkan;