Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

28) PEMBANGUNAN DAN KECERIAAN

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menyusun dan membangunkan semula DUN Sentosa lebih kemas dan tersusun serta sistematik terhadap pembangunannya ?

    Amalan pembangunan di Taman Sentosa adalah berdasarkan kaedah “piecemeal development “ selaras dengan tanah-tanah majoriti yang dimiliki oleh individu. Kaedah ini tidak berdasarkan Pelan Komprehensif yang menyeluruh dan lebih secara “ad hoc development”. Hasilnya pembangunan tidak menyediakan kemudahan infrastruktur dan kemudahan asas yang lengkap dan memenuhi kehendak penduduk. Oleh yang demikian satu Pelan Induk jangka panjang melalui Rancangan Tempatan Klang (Penggantian) 2035 akan disediakan bagi memastikan Taman Sentosa dirancang sebaik mungkin selari dengan dasar kerajaan dalam menwujudkan satu kawasan kediaman yang harmoni dan mampan serta menepati ciri-ciri kehidupan yang berkualiti.

  2. Apakah tindakan Kerajaan Negeri serta status mengenai tanah-tanah Kerajaan Negeri yang dibangunan secara haram tanpa kelulusan pihak berkuasa ?

    Antara usaha Kerajaan Negeri bagi menyekat pencerobohan ke atas Tanah Kerajaan adalah dengan mendirikan papan tanda Tanah Kerajaan dan membina pagar di atas tanah tersebut. Sehingga Oktober 2017, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sekitar RM100,000.00 bagi mendirikan pagar di dua (2) kawasan Tanah Kerajaan. Sekiranya berlaku sebarang pencerobohan di atas Tanah Kerajaan, Pentadbir Tanah akan mengeluarkan notis di bawah seksyen 425 Kanun Tanah Negara (KTN). Tindakan penguatkuasaan seperti perobohan ke atas struktur-struktur akan dilaksanakan terhadap penceroboh yang masih ingkar daripada mengosongkan Tanah Kerajaan yang telah diceroboh. Majlis Bandaraya/ Perbandaran/ Daerah hendaklah mengambil tindakan mengikut peruntukan
    undang-undang di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa (Akta 172) dan Akta Jalan, Parit & Bangunan (Akta 131) bagi mengelakkan pembangunan secara haram tanpa kelulusan pihak berkuasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.