Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
17) PENGENDALI WIFI SELANGORKU
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berikan perincian nama, pemilik dan tempoh kontrak syarikat pengendali Wifi Selangorku?
Terdapat dua (2) syarikat pengendali WiFi Smart Selangor (“WiFiSS”) iaitu Telekom Malaysia Berhad (“TM”) dan Celcom Mobile Sdn Bhd (“Celcom”).
TM merupakan syarikat pengendali utama WiFiSS di mana pihak TM telah memasang sebanyak 3,390 Hotspot atau Access Point (“AP”) WiFiSS. Tempoh kontrak pihak TM bagi perkhidmatan WiFiSS adalah selama lima (5) tahun bermula dari 6 Julai 2015 sehingga 5 Julai 2020.
Di kawasan-kawasan yang pihak TM tiada infrastruktur backhaul internet, WiFiSS disediakan oleh syarikat pengendali kedua iaitu Celcom. Pemasangan Hotspot WiFiSS terkini adalah seperti berikut:-
Pengendali Tempoh Kontrak JumlahBilangan Hotspot/ Access Point (AP) Terkini
Telekom Malaysia Berhad
5 Tahun
(6 Jul 2015 sehingga
5 Jul 2020)
3,390
Celcom Mobile Sdn Bhd
Langanan Bulanan
(bemula 2015)
521
JUMLAH
3,911 -
Berapakah jumlah pembayaran untuk kontrak tersebut?
Pembayaran kepada syarikat penggendali hanya dibuat setelah pengesahan bagi pemasangan AP atau Hostspot di tempat-tempat yang disasarkan. Proses pengesahan adalah melalui ‘site verification’ dan data berkaitan penggunaan AP terbabit seperti yang dilaporkan pada setiap bulan.
Jumlah pembayaran kontrak kepada syarikat-syarikat pengendali perkhidmatan WiFi awam percuma pada tahun 2018 adalah RM12,551,601.29. -
bagaimanakan pemilihan pengendali dan nyatakan kriteria lantikan?
Kriteria pemilihan pengedali adalah berdasar kepada beberapa faktor utama iaitu:
i. Infrastruktur pembekal perkhidmatan yang sedia ada;
ii. Kawasan liputan WiFi yang disediakan oleh pengendali;
iii. Kos yang punyai nilai faedah terbaik; dan
iv. Kemampuan memasang 2,500 lokasi hotspot dalam masa tiga (3) bulan.
Proses pemilihan ini dilaksanakan oleh pihak MBI melalui proses perolehan yang ditetapkan mengikut tadbir urus MBI, termasuklah permohonan pengendali secara terbuka, penilaian pengendali, pemantauan dan penilaian prestasi perkhidmatan.