Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
3) PERUNTUKAN CERIA 2019
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah jumlah peruntukan program CERIA membantu pembaikan apartmen kos rendah kos rendah-sederhana untuk tahun 2019?
Jumlah peruntukan program CERIA bagi tahun 2019 adalah sejumlah RM10,000,000.00.
-
Berapa jumlah bantuan daripada Kerajaan Persekutuan yang disalurkan ke Negeri Selangor untuk membantu pembaikan apartmen kos rendah, kos rendah-sederhanapada tahun 2019?
Kerajaan Negeri masih menunggu maklum balas berhubung pertimbangan daripada Kerajaan Persekutuan untuk menyalurkan sebarang peruntukan untuk membantu pembaikan apartmen kos rendah dan kos sederhana rendah.