Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

1) PERUNTUKAN UNTUK MEMBERDAYAKAN PUSAT WANITA BERDAYA

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan berapa banyak program PWB telah dilaksanakan sepanjang tahun 2018, mengikut pecahan kategori program.

    Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, sejumlah 479 program merangkumi 108 program-program pembangunan kapasiti dan 371 program-program kemahiran telah berjaya dilaksanakan oleh 56 Pusat Wanita Berdaya (PWB) di seluruh Selangor bermula September sehingga Disember 2018. Perjawatan pengurusan dan para penyelia PWB selaras dengan pembubaran DUN pada April 2018 lalu. Pecahan kategori program seperti berikut :

    • Program Pembangunan Kapasiti
    Bil Modul Pembangunan Kapasiti  Bilangan Program  Sept – Dis 2018
    1 Pendemokrasian Hak Rakyat 1
    2 Kefahaman Gender 0
    3 Urustadbir Baik 12
    4 Wanita dan Perundangan 3
    5 Alam Sekitar 0
    6 Kesihatan dan Pembangunan Keluarga 9
    7 Keselamatan dan Pembangunan Keluarga 15
    8 Asas Keusahawanan 12
    9 Asas Pelaburan 0
    10 Pengurusan Kewangan Peribadi dan Keluarga 56
      Jumlah Program  108

     

     

    • Program Kemahiran
    Bil Modul Kemahiran Bilangan Program Sept – Dis 2018
    1 Seni Kraftangan 97
    2 Reka Bentuk Dalaman 0
    3 Laman Tani dan Landskap 5
    4 Industri Makanan dan Minuman 186
    5 Program 3R (Reduce,Reuse,Recycle) 10
    6 Gaya Hidup Sihat 23
    7 Pertahanan Diri 2
    8 Penyelenggaraan Kenderaan 2
    9 Teknologi Maklumat 3
    10 Seni dan Budaya 43
      Jumlah Program  371
  2. Berapakah peratus peruntukan PWB telah di belanjakan untuk tahun 2018, dan mengikut pecahan DUN. Sekira tidak habis di belanjakan mengapa? Sila nyatakan sebabnya.

    Jumlah peruntukan PWB pada tahun 2018 adalah sebanyak RM2,800,000.00 (Ringgit Malaysia : Dua Juta Lapan Ratus Ribu Sahaja), iaitu RM50,000 (Ringgit Malaysia : Lima Puluh Ribu Sahaja) untuk setiap DUN. Untuk makluman Yang Berhormat Sementa, Program PWB bermula akhir September sehingga Disember dan berjaya membelanjakan peruntukan sedia ada sebanyak 42% iaitu RM877,483.75 (Ringgit Malaysia : Lapan Ratus Tujuh Puluh Tujuh Empat Ratus Lapan Puluh Tiga dan Sen Tujuh Puluh Lima Sahaja) daripada baki iaitu berakhir April 2018 sebanyak RM2,092,293.10 (Ringgit Malaysia : Dua Juta Sembilan Puluh Dua Ribu Dua Ratus Sembilan Puluh Tiga dan Sen Sepuluh Sahaja). Perincian peruntukan dengan pecahan DUN sebagaimana disertakan di Lampiran A.
    Antara faktor yang mempengaruhi peratusan penggunaan peruntukan PWB rendah adalah urusan lantikan para pengurusan PWB di peringkat negeri dan lantikan para penyelia PWB baru mewakili setiap 56 DUN seluruh Selangor selepas pembubaran DUN dengan mengambilkira masa yang diperlukan bagi proses penamaan calon-calon penyelia PWB oleh ADUN, panggilan temuduga dan sesi temuduga calon-calon penyelia, kertas kelulusan lantikan melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
    Selain daripada itu, bagi tujuan mempersiapkan para penyelia PWB ini menjalankan tugasan dan amanah yang telah diberikan serta berhadapan dengan masyarakat, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Institut Wanita Berdaya (IWB) Selangor turut menganjurkan Kursus Asas Latihan Kepimpinan Penyelia PWB dan beberapa siri latihan khusus untuk melatih para penyelia PWB yang mana 41 orang daripada keseluruhan 56 orang penyelia adalah terdiri daripada penyelia baru yang kurang berpengalaman dalam melaksanakan program-program PWB.

    Bilangan Perkara Tarikh
    1. Mengemukakan Kertas Cadangan Lantikan Para Pengurusan dan Penyelia PWB Selangor 2018 kepada

    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

    Selangor

     

    11 Julai 2018
    2. Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor berkenaan Kertas Cadangan Lantikan Para Pengurusan

    dan Penyelia PWB Selangor 2018

     

    18 Julai 2018

     

    3. Pelantikan Pengurusan PWB

     

    16 Julai 2018
    4. Memohon nama-nama calon penyelia daripada ADUN

     

    17 Julai 2018
    5. Temuduga Calon Penyelia PWB 30 – 31 Julai 2018 1 – 2 Ogos 2018
    6. Keputusan Temuduga Penyelia PWB

     

    8 Ogos 2018
    7. Pelantikan Penyelia PWB

     

    1 September 2018
    8. Kursus    Asas     Latihan     Kepimpinan

    Penyelia PWB

     

    31 Ogos 2018 – 2 September 2018
    9. Mengemukakan Kertas Cadangan Senarai Nama Empat Orang

    Pengurusan dan 56 Orang Penyelia PWB Selangor 2018 kepada Majlis

    Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor

     

    30 Ogos 2018
    10 Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan

    Negeri Selangor berkenaan Kertas Cadangan Senarai Nama Empat Orang Pengurusan dan 56 Orang Penyelia PWB Selangor 2018 kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

    Selangor

     

    14 September 2018
    11 Program PWB DUN Bermula

     

    23 September 2018

Lampiran

Tiada Lampiran.